Thursday, March 31, 2011

-_-

Secara tiba tiba aku mengingatimu
Di kamar sepi di malam syahdu
Inikah katanya rindu
Sengsara tiada terhingga
Setelah perpisahan pun berlalu

Terdengar lagu cinta 
Membawa kesayuan
Membangkitkan hasrat y terluka
Lalu aku terdiam
Pada lena y panjang
Terurai lah rahsia y terpendam

Bertahun dalam derita tanpamu aku melara
Menggoda saat mimpiku di perjalanan ini
Pemergian dirimu putuslah cinta y lama
Menghentam diriku dalam memori

Malam kian memaksa lagu y menghanyut pilu
Wajah wajah duka pown hilang
Jika tersua lagi mungkin aku menangis
Menahan getaran hati y musnah....

Jika tersua lagi,mungkin aku menangis
Menahan getaran hati y musnahh....


perindumu~
-Dyza Afieda- 

aku,dia dan..... ep 3

Seminggu berlalu. Sejak insiden itu Syazrin tidak lagi menghubungi dia. petang itu sengaja dia keluar awal dari pejabat. Hari ini dia lebih senang memandu kereta dari menaiki LRT. Kereta di halakan ke tempat parking. Hatinya menyanyi riang ketika terpandang wajah yg sudah seminggu tidak ditatap. Syazrin sedang melayan beberapa pelanggan. Senyuman manis sentiasa menghiasi wajah mulusnya. Hafiz bersandar di dinding. Dia tidak mahu pergi dulu. Biar Syazrin menyiapkan kerjanya. Setelah pelanggan itu berlalu dia menghampiri Syazrin. Syazrin terkejut ketika terpandang wajah dia. Gadis itu seakan ingin melarikan diri dari berduan begitu.
"Syazrin tak suka abang datang ke sini?," mata mereka saling bertatapan.
"Abang, tak payah jumpa Rin lagi lepas ni," Syazrin melipat beberapa helai kemeja yang di cuba oleh pelanggan tadi.
"Kenapa? Syazrin tak suka abang?," Hafiz di serbu rasa sendu. Pasti ada sebab kenapa Syazrin tidak mahu menemuinya. Gadis ini sudah punya kekasih? Tak mungkin. Sepanjang perkenalan mereka, Syazrin sudah mengakui secara jujur dia tidak punya kekasih. Dia masih belum terbuka hati untuk berpacaran.
"Bukan.. abang, ini demi kebahagian abang," gadis itu pohon pengertian. Berharap sangat Hafiz mengerti dan menghormati keputusannya. Hatinya di calar luka. Tetapi dia perlu bertindak begitu. Untuk kebahagian Hafiz.
"Rin, abang minta maaf. Kebahagian abang adalah bersama Rin. Awal-awal lagi abang ingin berterus-terang dengan Rin, tak sempat hari tu. Tapi hari ni abang nak Rin tau abang sukakan Rin, abang sayang Rin," luahan hatinya di hamburkan. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia perlukan Syazrin untuk melengkapi hidupnya. Wajah Syazrin dipandang lagi. Gadis itu tergamam. Terdiam terus.
"Rin, abang dah jatuh hati pada Rin, please..," tangan Syazrin diraih. Kali pertama dia melakukan begitu kepada seorang gadis. Hilang rasa malunya. Dia tak ingin terlambat lagi kali ini. Sayangnya pada Syazrin sudah tidak boleh di bendung. Umpama bom jangka yg bakal berlegak. Aku cinta kamu Rin! Ingin saja dijerit sekuat hati. Biar semua dengar apa yg tersirat. Tetapi dia tidak punya kekuatan seperti itu.
"A.. Abang.. jangan macam ni," Syazrin terkedu. Tangannya di renggut kasar.
"Rin bagi peluang pada abang. Abang akan membahagiakan Rin," Hafiz memujuk. Dia tahu Syazrin pernah kecewa dalam cinta. Dia ingin meyakinkan Syazrin, cintanya pada gadis itu adalah yg pertama dan yg terakhir.
"Abang takkan bahagia kalau bersama Rin," tuturnya. Wajahnya berpaling dari bertentang mata dengan Hafiz. Dia sudah bertekad dengan keputusannya. Semuanya demi lelaki ini.
"Apa yg Rin cakap ni? Abang Cuma nak bersama Rin. Abang serius. Abang tak main-main," bagaimana harus diluahkan lagi. Yakinilah cintaku ini Rin. Aku ikhlas ingin memilikimu. Bisiknya di dalam hati.
Tidak.. kalau bersama Rin, abang akan menderita. Cukup lah seketika Rin menumpang kasih abang.. relung hatinya berbisik juga. Hati mereka sama-sama berbisik.
"Rin, kalau Rin tak dapat terima abang, tolong bagi penjelasan, abang nak tau.Rin dah ada orang lain? Mungkin abang yg terlambat..," wajahnya sudah sendu. Hatinya sudah hampir patah. Dia benar-benar kalah. Hatinya sakit. Beginikah rasa kecewa? Beginikah rasa terluka? Dia kan belum bercinta. Bagaimana dia sudah terluka, kecewa? Wajah Syazrin ditatap. Gadis itu hanya diam. Kebisuan mengepung mereka. Setelah setengah jam berlalu, Hafiz melangkah. Meninggalkan Syazrin yg beku. Gadis itu tidak menghalang. Tidak memanggilnya.

Naim sudah berbuih-buih menasihati dan memberikan kata-kata perangsang. Apa punya spesis kawannya ini. Kalah sebelum berjuang. Kalau kalah pun biarlah penuh bermaruah. Seperti dia. Dalam setiap perhubungan, jika ingin memutuskan, dia saja. Para gadis tidak akan sesekali dibiarkan meninggalkan dia. biar dia meninggalkan mereka. Baru lah bermaruah. Tidak seperti hafiz, baru ingin memulakan hubungan, sudah berpatah arang.
"Hang ikut aku ke star walk malam ni nak? Aku rekomen yg bagus punya. Nak?," Naim tidak jemu memujuk. Wajah Hafiz sudah beberapa hari mendung. Serius. Dia sudah kehilangan sahabatnya sejak beberapa hari ini. Sudah berubah sikap.
"Tak mau la. Thanks. Aku ok ja. Jangan risau yer," segaris senyuman menghiasi wajahnya yg tidak beriak. Hilang akal kalau dia setuju. Nanti tak pasal-pasal dia dapat girlfriend recyle Naim. Tak mau la. Cukup-cukup la dia pernah terkena sekali dulu. Memang lawa gurl yg Naim rekomen. Macam model. Putih melepak. Tapi perangai dasat la. Sosial. Jumpa Naim pun boleh cium pipi. Mau jadi anak derhaka dia kalau pak Zahar bermenantukan perempuan macam ni. Tak ingin rasa pak Zahar mengaku dia anak. Awal-awal dia dah sound dekat Naim. Biar dia takda girlfriend dari dapat girlfriend macam tu.
"Sirap limau, bihun goreng," katanya pada seorang lelaki yg sedang menuliskan sesuatu di atas kertas. Lelaki itu masuk ke dapur. Hafiz menoleh ke kiri dan kanannya. Kedai makan itu masih lengang. Kedai makan berderet di tepi jalan begitu selalu menjadi persinggahannya jika pulang dari kerja. Jika terasa ingin makan selain dari nasi pasti kedai makan ini menjadi pilihan. Dia hilang selera untuk menjamah nasi. Bukan masakan mak tidak sedap. Cuma seleranya yg mati. Sejak beberapa hari ni memang makannya tidak terurus. Hari ini dia hanya makan nasi lemak pagi tadi. Itu pun Naim puas memaksa. Mujur aroma daun pisang yg sudah hampir pupus di ibu kota ini berjaya menggoda nafsu makannya. Tengahari dia tidak makan. Kebetulan mesyuarat di tapak projek di Klang berlanjutan sehingga pukul tiga. Surat khabar metro di selak satu persatu. Banyak topik yg dia tertinggal. Dari isu semasa sehingga ke arena sukan. Asyik sibuk dengan kerja yg tak pernah habis-habis. Sekejap saja menu yg dipesannya sudah terhidang di depan mata. Bihun goreng masih berasap. Sedap. Di tambah pula dengan cili padi kicap. Memang ada umph…. Dia menghabiskan makanannya.
Suara seorang gadis merintih membuatkan dia tertoleh. Seorang gadis berpakaian sekolah sedang menangis tidak jauh dari tempat keretanya di letakkan. Mulanya dia ingin masuk sahaja ke dalam kereta. Wajah lelaki yg sedang menyelongkar beg anak gadis itu menarik perhatiannya. Seiras abang Syazrin. Memang dia!
"Kau bagi cincin tu kat aku!," jeritnya sambil merenggut tangan anak gadis itu.
"Abang! Ni cincin pemberian mak. Acik takkan bagi kat abang!," gadis itu menangis. Lelaki itu semakin kasar.
"Bro! apa yg kau buat ni?," jerkah Hafiz. Biarpun masih terasa pedih tumbukan lelaki itu dahulu tetapi dia perlu membantu. Dia kan masyarakat yg punya sivik. Wah!
"kau lagi! Kan aku dah warning jangan dekati adik aku lagi. Kalau kau masuk campur urusan aku dengan adik-adik aku kau akan mati!," tingkahnya sambil mengasari adik perempuannya. Adik Syazrin juga.
"Apa yg kau cakap ni? Benda ni kan boleh settle baik-baik. Kita bincang la bro," pujuknya lembut.
"Woi! Kau tak faham bahasa ke? Aku kata jangan kacau adik aku. Kalau aku tau kau cuba rapat dengan adik aku, mati kau aku kerjakan," Izham sudah hilang sabar. Ingin sahaja di belasah mamat di hadapannya ini. Kan awal-awal lagi dia sudah memberi amaran kepada Syazrin. Jangan berbaik-baik dengan mamat ni lagi.
"Jadi sebab ni lah Syazrin tak nak kawan dengan aku," katanya perlahan. Seakan memberi jawapan kepada kebisuan gadis itu beberapa hari lalu.
"Memang! Aku kata jangan cuba dekati adik aku lagi. Kau tak faham ke?," dia tidak tahu bagaimana ingin membuatkan lelaki di hadapannya faham. Berambus saja!
"Apa salah aku? Bro, kau jangan lah buat macam ni. Kesian lah kat adik kau," wajah anak gadis itu di renungnya.
"Lantak aku lah. Diorang semua adik aku. Aku boleh buat apa saja yg aku suka, kau sapa?," suaranya tidak selantang tadi. Tangan gadis itu belum dilepaskan.
Adik ipar kau! Eh! Hilang akal dia kalau jawab macam tu.
"Aku kawan Syazrin. Dah la tu. Kita bincang ok," Hafiz cuba berlembut lagi. Dia tidak mahu jadi seperti dulu.
"Aku kata jangan masuk campur hal aku. Pergi!," jeritnya sambil menolak Hafiz.
"Bro..," Hafiz cuba memegang bahu Izham. Lelaki itu cuba melepaskan satu tumbukan. Nasib baik dia sempat mengelak. Sekali lagi tumbukan di lepaskan. Kali ini hampir kena pada perutnya. Dia cuba mempertahankan diri. Lelaki itu semakin ganas. Kali ini dia tidak akan memberi peluang kepada Izham lagi. Beberapa tumbukannya hinggap pada badan dan muka Izham. Setelah teruk dia terkena tumbukan Hafiz, dia berlari meninggalkan mereka. Wajah gadis yg masih sendu itu direnungnya..


afiz merenungnya dalam-dalam. Syazrin hanya diam bisu. Membiarkan bayu petang menyapa rambutnya hingga terbuai-buai. Suasana di perkarangan taman permainan kanak-kanak hadapan flet itu agak lengang. Hanya beberapa budak lelaki dan perempuan bermain dia buaian. Terdengar bunyi tali besinya berkeriuk tiap kali buaian di hayun.
"Syazrin, benar-benar tak sukakan abang?," soalnya setelah lama terdiam. Gadis itu masih kaku. Memandang jauh ke jalan yg terbentang tanpa perasaan. Beberapa buah kereta bergerak laju.
"Abang tak payah sukakan Rin. Rin tak layak untuk abang. Abang dh tengok kan macamana family Rin. Rin ada abang yg tak bertanggungjawab. Rin ada dua orang adik yg perlu Rin tanggung. Rin ni bermasalah. Rin tak nak abang terjebak dengan masalah Rin," luahnya panjang lebar. Ketika dia baru pulang dari kerja tadi, Hafiz dan Syamin pun sampai. Dia terkejut. Setelah Syamin bercerita baru lah dia faham. Dia jadi malu pada Hafiz. Dia tidak layak buat lelaki sempurna seperti Hafiz. Terlalu banyak lelaki itu tahu tentang mereka sekeluarga.
"Rin, jangan cakap macam tu. Abang sedia terima diri Rin seadanya. Begitu juga adik-adik dan abang Rin," wajah Syazrin di renung lagi. Dia tahu gadis itu rasa rendah diri dengan masalah keluarganya. Tapi dia sanggup terima semuanya. Dia tidak boleh menipu diri. Menahan hati. Dia sudah jatuh sayang pada Syazrin. Di pejabat pun wajah gadis itu yg menempel walaupun ketika memandang wajah Rina yg macam nyonya opera. Di rumah apatah lagi. Wajah abah pun kadang-kadang dia nampak macam Syazrin. Nadia kata dia sudah angau.
"Rin ni banyak kekurangan. Abang sepatutnya pilih gadis lain. Bukan Rin," tingkahnya lagi. Seboleh mungkin dia mahu menangkis perasaan sayang yg bertamu. Dia sengaja membuang rasa rindu jauh-jauh. Bukan dia hatinya tidak diketuk rasa sayang pada Hafiz. Cuma sebolehnya dia ingin menghalau rasa itu. Dia teringat sebaris kata-kata pujangga ‘cinta tidak semestinya bersatu’. Cinta itu rona-rona abstrak. Ada yg rasa warnanya biru. Membuatkan rasa rindu selalu. Ada pula yg nampak cinta itu seakan merah jambu. Sentiasa indah. Dia tidak tahu apa rasa rona cinta hatinya pada Hafiz. Mungkin kelabu. Seperti mendung yg selalu bertandang sebelum hujan turun.
"Syazrin, ini lah kali pertama abang sukakan seorang gadis. Dan gadis itu adalah Rin. Abang tak mau melepaskan sesuatu yg abang dh suka. Tetapi kalau Rin rasa kehadiran abang membuatkan Rin hidup bertambah kusut, maafkan abang. Abang terima keputusan Rin," wajah mulus Syazrin ditenung lagi. Dia tidak jemu memandang wajah itu. Wajah yg sudah melekat kemas di sudut hati. Gadis itu sudah bertakhta di ruang yg paling istimewa. Syazrin tertunduk. Dia jadi buntu. Dia kasihkan Hafiz. Tetapi dia tidak mahu Hafiz terjerumus dalam permasalahan keluarganya yg kelam-kabut begitu. Awal-awal lagi Izham sudah memberi amaran. Jangan berbaik-baik dengan Hafiz. Nanti dia akan belasah Hafiz separuh mati. Dia tidak mahu Hafiz menjadi mangsa seperti budak lelaki di blok belakang. Akibat selalu membantu Syazrin, lelaki itu hampir maut. Motornya di tendang Izham ketika sedang ditungang laju. Kes itu ditutup kerana tiada saksi. Dia tahu memang kerja Izham. Wajah sugul Hafiz di pandang sekilas. Dia tidak mahu kehilangan Hafiz. Kebahagian Hafiz adalah kebahagian dia juga.
Malam itu dia benar-benar tidak dapat tidur lena. Kipas siling yg berputar laju di perhatikan dalam kelam tanpa cahaya lampu. Hanya cahaya bulan terbias sedikit dari balik tingkap yg tidak ditutup rapat. Wajah Syamin direnung. Sekujur tubuh gadis itu baring mengadapnya. Syamin sedang di buai mimpi. Sejak 2 bulan ini adik perempuannya selalu mengigau. Mimpi yg menakutkan agaknya. Kesian adiknya. Kemudian pandangannya berpaling ke kanan. Wajah Wafi ditenung dalam-dalam. Wajah adik lelaki bongsunya ada iras arwah mama. Hidungnya mancung macam hidung mama. Cuma matanya yg iras ayah. Rambut lurus Wafi diusap perlahan. Anak kecil ini belum mengerti apa-apa tentang kehidupan. Dia tidak pernah merasai kasih sayang mama dan ayah. Jauh berbeda dari dia, Syamin dan Izham. Setidak-tidaknya mereka pernah rasa erti kasih seorang ibu dan perhatian seorang ayah. Lalu ingatannya terkenangkan Hafiz. Kebelakangan ini wajah lelaki itu selalu sangat menjelma. Kenapa wajah itu sering saja mengisi ruang ingatan? Dia bangun merenung bulan. Bulan purnama. Indahnya…..
Hafiz duduk di kerusi batu laman rumah kembar dua tingkat itu. Matanya tidak mahu lelap biarpun sudah jauh malam. Selalunya waktu-waktu begini dia sudah dibuai mimpi indah. Cuma mood untuk tidur sudah hilang. Asyik menerawang memikirkan Syazrin. Hidupnya betul-betul tidak keruan sejak kehadiran Syazrin. Jadi celaru. Nadia asyik menyindir. Apabila mereka berselisih jalan pasti lagu Purnama Merindu nyanyian Siti Nurhaliza akan didendangkan Nadia seenak-enaknya. Bait-bait lagu itu sesekali mengetuk hatinya. Macam menzahirkan apa yg tersirat dari hatinya.. Bulan di langit tinggi di pandang…. Terkenang bait-bait lagu yg sering Nadia nyanyikan… menyentuh kalbunya..
Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah

Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku

Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku

Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi




Dentuman kuat membuatkan beberapa kenderaan berhenti serta-merta. Sebuah motosikal yg ditungangi dua lelaki melanggar sebuah pacuan empat roda. Sebuah kereta melanggar pembonceng motosikal yg terpelanting ke tengah jalan. Lelaki itu tenat. Muka dan dadanya berlumuran darah. Hafiz sekadar memandang dari dalam keretanya ketika berselisihan dengan lelaki yg terlentang di tengah jalan. Ngeri. Beberapa pengguna jalan raya memberi bantuan. Dia takutkn darah. Lebih-lebih jika kemalangan ngeri seperti ini. Darah memenuhi tempat lelaki itu terlentang. Penunggang motosikal pula mengalami kecederaan. Tetapi tidak serius. Kelihatannya, lelaki itu sedang meratapi lelaki yg terbaring tadi. Dihinggut badan lelaki itu. mungkin mengharapkan lelaki itu membuka matanya yg terkatup rapat.. Hafiz menekan pedal minyak ketika keretanya sudah melewati deretan kenderaan yg bergerak perlahan.
Panggilan telefon dari Nadia pagi itu membantutkan hasratnya yg baru membuka pintu kereta. Dia ada mesyuarat di Putrajaya pukul 10. mesyuarat penting. Tetapi panggilan ini lebih penting. Izham akan dikebumikan sebelum zohor. Rupanya kemalangan semalam melibatkan Izham. Muka lelaki itu yg penuh darah membuatkan dia tidak dapat mengenali si empunya diri. Nadia kata Izham koma sebelum meninggal pada jam 10.30 malam. Dia jadi keliru sekarang. Terus ke putrajaya atau terus ke hospital. Nadia sudah memesan kepadanya awal-awal supaya jangan risau. Sudah ada orang menguruskan pengkebumian abangnya. Tetapi kejam sangat kalau dia tak ke hospital sekarang. Mesyuarat itu juga penting. Perbincangan akhir dengan klien. Yang mana satu harus didahulukan. Dia jadi keliru.
Bunga kemboja luruh di atas pusara yg tersusun rapi di kawasan perkuburan pinggir bandar itu. Kebanyakkan batu nisan berwarna putih. Dari kejauhan dia nampak Syazrin masih di pusara merah itu bersama Nadia dan Wafi. Sudah ramai yg pulang. Di tangan gadis itu ada surah yaasin yg sudah hampir separuh di baca. Nadia pula sudah menghabiskan bacaannya. Hafiz mengambil tempat berhadapan Syazrin. Surah yaasin yg diambil dari kereta, di bacanya sehingga habis. Sesekali bacaannya terganggu ketika terdengar esakan kecil Syazrin yg sengaja di tahan-tahan. Nadia memeluknya erat. Gadis itu juga menumpahkan air mata di bahu Syazrin. Wafi yg kurang mengerti asyik bermain tanah merah kuburan abangnya. Baju melayu putihnya kotor. Hafiz jadi sayu. Dia benar-benar simpati pada Syazrin. Berat mata memandang pasti berat lagi bahu yang menanggung.
Sudah tiga malam kenduri arwah dan bacaan tahlil diadakan di rumah Syazrin. Mujur jiran-jirannya memahami. Tidak lokek membantu dari segi keringat dan wang ringgit. Kebanyakannya kenalan arwah ibunya dan ayahnya. Cuma yg membuatkan dia bertambah sedih apabila wajah ayahnya muncul sekadar di pusara abang. Itupun setelah lelaki itu selamat di semadikan. Biarpun perangai abangnya memang teruk. Tapi dia tidak pernah lupa, pada awal kematian ibunya, ketika ayahnya pergi meninggalkan mereka empat beradik. Izham yg bertungkus lumus bekerja. Mencari duit menyara adik-adiknya. Wafi terlalu kecil. Syazrin, Nadia dan Izham bergilir-gilir menjaga adik kecil mereka.
"Syazrin, cik Pah balik dulu, ya," tegur seorang wanita separuh umur yg agak gempal. Syazrin sedang mengemas dapurnya yg berselerak.
"Terima kasih cik Pah," ucapnya pada wanita terakhir yg meninggalkan rumah mereka. Nadia sedang membasuh pinggan yg masih bersisa di sinki. Syazrin ke depan. Kelihatan Wafi sedang tidur di pangkuan Hafiz. Hafiz sedang mengusap-usapkan rambutnya. Matanya terpejam. Mungkin sudah keletihan. Selepas kerja tadi dia terus bergegas ke rumah Syazrin. Membantu apa yg perlu. Begitu juga kenduri dua malam lepas. Hatinya tersentuh. Lelaki itu setia menemani dia di saat sukar begini.
"Abang, dah lewat ni," katanya sambil cuba mengangkat Wafi yg sedang enak terlena.
"Hm.. eh! Takpa. Abang angkat Wafi," lelaki itu cepat-cepat mengendong budak lelaki itu yg sudah mengeliat. Merengek kerana tidurnya terganggu. Wafi di bawa ke bilik. Kemudian dia keluar terus ke pintu depan. Syazrin berdiri di pintu.
"Abang, terima kasih sebab tolong kami semua. Tak terbalas budi yg abang hulurkan," lirih suaranya seraya memandang wajah Hafiz yg masih mengukir senyum biarpun keletihan.
"Jangan macam tu. Abang tak minta apa-apa untuk di balas. Jaga diri baik-baik. Ada apa-apa terus call abang, ya," katanya sambil berlalu. Syazrin sekadar mengangguk. Dia menghantar kepulangan Hafiz dengan pandangan mata sehingga bayang lelaki itu hilang.



Keretanya di letakkan berhampiran taman permainan hadapan flet Syazrin. Malam itu sengaja dia menjemput Syazrin. kalau boleh dia tidak mahu Syazrin berjalan seorang diri dari stesen LRT ke rumahnya. Jalan gelap. Dia bimbang kalau sesuatu yg tidak diingini menimpa gadis kesayangannya.
"Kenapa Syazrin masih tak dapat terima abang? Abang tak ada niat yg tak elok pun. Abang ikhlas untuk bersama Rin," hatinya makin sakit. Pedih. Kenapa Syazrin tidak dapat memberi alasan yg munasabah. Alasannya Cuma satu. Masalah keluarga. Padahal abangnya yg dulu sering menghalang hubungan mereka sudah tiada. Masalah keluarga apa lagi yg dimaksudkan Syazrin. Jika alasan tidak sepadan itu sudah awal-awal di reject. Langsung tak kena. Dia pun bukan anak jutawan nak memilih. Tetapi bila di fikir-fikirkan, kalau ditakdirkan dia anak raja, Syazrin juga yg dipilihnya. Pasti lebih mudah. Rakyat kan tidak boleh menolak titah raja. Dia gila kuasa pulak. Sudah jauh angan-angannya menyimpang.
"Abang, hari ni Rin nak abang tau kebenarannya. Rin sudah tak suci lagi," gadis itu menundukkan wajahnya. Sebaris ayat sudah menyentap naluri kejantanannya. Hafiz terkedu. Betulkah apa yg didengarinya. Ada air jernih yg mengalir dari kolam mata Syazrin. Cahaya lampu dari tiang berhampiran taman mencuri masuk ke dalam keretanya.
"A.. Apa yg Rin kata tadi? Abang kurang jelas," di renung wajah mulus Syazrin. Dia inginkan penjelasan. Mungkin dia salah dengar.
"Sebenarnya Rin pernah..," ayatnya mati di situ. Dia cuba menahan esakan.
"Pernah apa Rin?," pintas Hafiz tidak sabar ingin mengetahui segala-galanya tentang dia.
"Rin pernah di perkosa," air matanya mengalir laju. Badannya terhinggut-hinggut menahan esak. Tiap kali memikirkan kejadian itu pasti hatinya pilu. Dia ingin buang kenangan pahit itu jauh-jauh. Tidak mahu diingat lagi.
"Siapa yg buat macam tu pada Rin?," tangan gadis itu genggam. Dia jugak dapat merasai perasaan Syazrin. Syazrin hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu cerita hitam itu mengganggu tidur malamnya lagi. Sekarang dia tidak mahu bertentang mata dengan Hafiz. Dia rasa tak berdaya. Dia rasa badannya kotor mengenangkan perbuatan lelaki yg tidak berhati perut itu.
"Sebab itu Rin tak layak untuk abang," ujarnya seraya keluar dari kereta. Berjalan meninggalkan Hafiz yg masih tergamam.
LRT masih sesak seperti kebiasaannya petang-petang begini. Hafiz berdiri saja di tengah-tengah kelompok manusia. Dia hanya memegang besi panjang yg memang menjadi tempatnya selalu berdiri. Tiga bulan sejak pertemuan lalu, Syazrin tidak pernah menyambut panggilan telefon darinya. Malah dia meminta agar Hafiz jangan datang lagi bertemunya. Katanya dia akan mencari Hafiz bila dia sudah bersedia. Memang dia tidak bertemu Syazrin secara berdepan. Cuma setiap hari dia akan melihat Syazrin dari kejauhan. Melihat gadis itu berpura-pura tersenyum melayani pelanggannya di tempat kerja. Dia tahu Syazrin menyembunyikan segala rasa di balik senyumannya yg manis. Hanya senyuman yg menunjukkan dia tampak tabah, cekal. Padahal hatinya sudah rapuh. Malahan setiap petang selepas pulang dari kerja, Hafiz pasti menjenguk Wafi dan Nadia di rumah fletnya. Dia akan membelikan makan malam untuk adik-adik Syazrin. Sehingga dia sanggup menanti Syazrin balik kerja. Dia akan mengikuti langkah gadis itu jauh-jauh di belakang. Dia bukan tidak berani bertemu Syazrin. Dia tahu gadis itu malu. Peristiwa hitam itu telah mengubah segala impian indah seorang gadis bernama Syazrin. pasti dia impikan sebuah perkahwinan dengan lelaki yg dicintainya. Itu bukan salah dia. Dia dipaksa. Nadia juga ada bercerita tentang itu. Malam yg telah meragut segala ketenangannya. Kawan Izham yg menumpang tidur di rumah mereka masuk ke bilik dan memperkosa Syazrin. Ketika itu Izham tiada di rumah. Hanya ada Nadia dan Wafi yg tidak berdaya. Peristiwa itu menjadi rahsia. Bimbang maruahnya tercalar. Hafiz sudah tidak kisah tentang peristiwa hitam itu. Dia cintakan Syazrin kerana dirinya. Lagipun dia kenal gadis itu. Bukan jenis gadis yg suka berfoya-foya. Pioriti hidupnya untuk adik-adiknya saja. Hafiz rasa ada satu perasaan yg menjalar pabila mata mereka bertentangan kali pertama di dalam LRT. Dia cuba selami rasa itu. Rasa yg tidak pernah wujud dalam hatinya. Rasa itu tidak pernah hadir tatkala bertentang mata dengan gadis lain. Kini dia tahu dia memang terlalu cintakan Syazrin. Dia tahu hatinya sudah dicuri si gadis. Syazrin sudah membawa hatinya jauh-jauh.
"Maaf, pen encik terjatuh," suara yg di selalu didengarinya menyapa. Sebatang pen Parker bertukar tangan. Wajah gadis itu di pandang sekilas.
"Syazrin," suaranya perlahan. Sekadar untuk didengari telinganya sendiri. Matanya tidak berkedip dari memandang wajah yg terlalu dirinduinya. Syazrin berdiri berhadapan dengannya. Mereka memegang besi yg sama. Gadis itu berdiri terlalu dekat dengannya.
"Maafkan Rin, Rin..," katanya terhenti. Air mata yg mengalir perlahan di sapu dengan tangannya.
"Sayangkan abang," sambungnya perlahan. Separuh berbisik. Namun sudah cukup jelas untuk membuatkan Hafiz terpegun. Dia tidak silap lagi kali ini.
"Kenapa Rin tinggalkan abang lama macam ni? Rin tau tak abang menderita..," sayu dia berbisik betul-betul di telinga Syazrin.
"Rin minta maaf," pinta Syazrin sambil mengucup tangan Hafiz. Dia tahu dia sudah melukakan hati Hafiz. Tiga bulan dia mengambil masa untuk menjauhkan diri dari Hafiz. Tiga bulan dia cuba menilai kasih lelaki itu. Ternyata Hafiz benar-benar ikhlas menyayanginya. Cinta yg dicari-cari dalam hidupnya selama ini. Dia tahu Hafiz selalu pergi menjenguk adik-adiknya di rumah. Mengambil tahu perihal mereka adik beradik. Dia lelaki yg bertanggungjawab.
"Sudah lah sayang. Abang tak salahkan Rin. Cuma abang terseksa dah lama tak bertentang mata dengan Rin. Abang sayangkan Rin," hatinya sudah berbunga riang. Dahi Syazrin dikucup. Mujur ketika itu tidak ramai didalam gerabak yg mereka duduki. Hanya beberapa anak muda dihujung sana.
"Sayang," dagu Syazrin di pegang. Kepalanya didongakkan agar bisa menatap mata bening yg dirinduinya itu.
"Kita kahwin," kata Hafiz membuatkan bibir Syazrin di rekahi senyuman. Senyuman paling manis buat arjuna idaman….


p/s: tamat laaa sudaaa. =)





aku,dia dan..... ep 2

Hujan masih lebat membasahi bumi yg sudah beberapa hari ketandusan. Dia hanya berdiri sandar di dinding sementara menanti hujan berhenti. Lagipun masih awal. Belum pukul 6 petang. Stesyen LRT Masjid Jamek masih penuh sesak dengan penggunanya. Hafiz merungkaikan tali lehernya. Rimas. Matanya sesekali mengerling merenung beberapa anak muda yg bingit bercerita sambil bergelak ketawa. Penumpuannya tertumpu pada seorang lelaki dan perempuan yg sedang berbual. Lagaknya macam bergaduh. Gadis itu cuba berjalan untuk turun ke oscilator. Lelaki itu menahannya. Hatinya berdegup kencang pabila menyedari gadis itu Syazrin. Pelbagai persoalan muncul di benaknya tiba-tiba. Mungkin lelaki itu kekasihnya. Mungkin suaminya? Ah! Masih muda kan. Takkan sudah berkahwin. Eh! Mana tau kalau lelaki itu benar-benar suaminya. Tidak! Tak mungkin kot. Hatinya sudah gundah. Baru rasa itu tumbuh di sudut hati, tercantas pula. Syazrin sudah hilang di balik orang ramai. Nampaknya dia harus melupakan Syazrin.. Syazrin.. kenapa engkau hadir dan mengetuk pintu hatiku yg sudah lama sejuk beku ni? Arhhhg! Pelbagai rasa sudah menerjah di ruang hati yg bertahun-tahun tandus dek rasa yg sungguh halus, mulus seperti ini.
Seminggu di Pulau Pinang. Hari ini dia harus memulakan tugas seperti kelazimannya. Harus menapak menaiki LRT. Harus bersesak-sesak dengan pengguna yg lazim sepertinya juga. Dia memberikan ruang kepada seseorang yg duduk di sebelah. Briefcasenya yg tadi berada di sebelah, terus beralih tempat di ribanya. Dia menoleh. Syazrin! Di sebelahnya gadis pujaan yg seminggu tidak di tatap. Ada rasa yg menjalar. Rindu kot! Eh! Syazrin kan orang punya. Mana boleh dia masuk jarum pula. Dulu lagi dia bertegas takkan mengganggu hak orang lain. Tapi matanya masih mengerling pada gadis itu. Seperti biasa dengan novel dan earphonenya. Hari ini dia membaca karya Hlovate. aA + bB. Sesekali dia tersenyum. Hafiz ikut senyum. Dia benar-benar menghayati jiwa Syazrin tika itu. Apa yg gadis itu rasa, mungkin dia rasa. Mungkin kerana mereka terlalu hampir. Bahunya hampir bergesel dengan bahu Syazrin. Mungkin itu buatkan jiwa mereka makin dekat. Bisiknya di dalam hati. Tiba-tiba telefon bimbit Syazrin berdering. Lagu Hot n Cold nyanyian Katy Perry . Dia meletakkan novelnya di sebelah. Antara dia dan Hafiz. Lama bercakap di talian. Suaranya perlahan. Tidak mahu mengganggu pengguna lain yg masing-masing buat hal sendiri. LRT berhenti. Dia bergegas turun sambil masih bercakap dengan panggilan dari sana. Hafiz hanya merenung sehingga gadis itu hilang dari pandangan. Eh! Novel awak! Awak! Dia tertinggal novel dia pula. Lalu Hafiz memasukkan ke dalam briefcasenya. Nanti dia akan pulangkan. Esok mungkin mereka akan bertemu lagi. Boleh lah dia pulangkan novel Syazrin.
Usai mesyuarat di Putrajaya dia tidak terus balik ke pejabat. Sebaliknya ke Taman Maluri, Jaya Jusco menjadi destinasi. Dia ingin memulangkan novel kepunyaan gadis pujaan. Eh! EX gadis pujaan. Ada ker macam tu? Hafiz menggumam sendiri. Dia sengaja masuk ikut pintu belakang saja. Tak jauh sangat ke bahagian yg Syazrin kerja. Langkahnya terhenti tatkala terdengar pertengkaran kecil. Syazrin dan lelaki itu. Syazrin mengatakan sesuatu kepada lelaki itu. Pang! Satu tamparan hinggap di pipi mulusnya. Lelaki itu ingin menampar sekali lagi. Hafiz menahan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bertindak begitu. Perempuan harus dilindungi. Ya. Mungkin itu yg sepatutnya.
"Kau sapa nak masuk campur hal orang ni?," lelaki itu menjerit kepadanya. Syazrin berlindung di belakang Hafiz sambil memegang pipinya yg sudah merah.
"Bro, jangan lah buat perempuan macam ni. Tak baik," aduss… dia punya kekuatan entah dari mana untuk mencampuri urusan orang begitu.
"Dia adik aku la. Punya pasal lah aku nak buat apa pun," wah! Rupanya mereka bukan seperti apa yg dia sangka. Yahoo! Masih ada peluang! Hatinya berbisik gembira. Sempat lagi! Terasa Syazrin menarik bajunya dari belakang. Tangannya terketar-ketar. Gadisku! Aku akan menjadi pelindungmu. Tetapi dia tak sepatutnya begitu. Lelaki itu kan abangnya. Abang lebih berhak dari dia yg entah siapa siapa kepada Syazrin. Syazrin pun mungkin tidak mengenali dia.
"Relaks lah bro. aku tau lah dia adik kau. Tapi mana boleh kau buat macam ni pada dia. dia pompuan," dia cuba bercakap baik-baik dengan lelaki itu. Bakal abang iparnya. Eh! Melalut lagi dia.
"Kau ni sapa? Dia adik aku. Kau tak payah pening kepala masuk campur hal aku dengan dia. kau sapa, hah?," lelaki itu masih dengan amarahnya yg tidak berkurang. Mencerun merenung Hafiz.
"Sorry lah. Aku pun tak mau masuk campur. Tapi tolong lah cakap baik-baik dengan dia. dia kan perempuan. Kau tak malu ke kt orang, bro? orang asyik tengok kau je," nasihatnya sambil cuba memegang bahu abang Syazrin.
"Kau ni pehal?," gedebup! Sebijik tumbukan padu hinggap di pipi Hafiz. Aduh! Sakitnya. Badannya kurus saja. Tapi sakitnya sampai nak pecah pipi dia. Nasib baik rahang tak patah.
"Awak! Abang! Sudah lah. Jangan lepaskan kat orang lain pula. Nanti orang bagi la duit yg abang minta tu," Syazrin menerpa kepada Hafiz yg sudah rebah ke lantai. Dia memandang wajah abangnya takut-takut.
"Ha! Macam tu la. Kalau aku minta kau kena bagi. Kalau tak siap kau!," ujarnya lalu meninggalkan Syazrin dan Hafiz.
"Saya minta maaf sebab saya, awak jadi mangsa," Syazrin merenungnya sayu. Matanya redup. Dia kesal melihat pipi Hafiz yg sudah lebam.
"Tak apa. Itu perkara kecik aja," gentleman lagi dia. dia simpati pada Syazrin. Rupanya gadis itu punya kisah hidup yg tragik. Ibunya meninggal dunia ketika melahirkan adiknya yg bongsu. Bapanya pula berkahwin lain setelah beberapa hari setelah kematian ibunya. Langsung tidak mengambil tahu tentang dia dan adik beradiknya lagi. Dia punya empat adik-beradik. Abangnya sudah tidak boleh diharap. Dari mat rempit sudah jadi penagih dadah. Adiknya yg ketiga pula masih bersekolah. Tingkatan 5. bakal menduduki SPM. Adik kecilnya baru berusia enam tahun. Bermakna hidupnya sudah berkecamuk sejak enam tahun lalu. Semenjak pemergian ibu tersayang. Mujur rumah flet yg mereka duduki sekarang di beli oleh ibu. Kalau tidak mesti dia dan adik-beradiknya merempat entah di mana.
"Awak balik pukul berapa?," dia merenung wajah Syazrin. Gadis itu sedang melipat baju yg di cuba oleh pelanggan tadi. Dia pula duduk di kerusi yg diberikan Syazrin.
"Lambat lagi. Hari-hari buat ot. Boleh tambah duit sikit," gadis itu senyum. Hafiz di serbu rasa pilu. Dia kesiankan Syazrin. Dia kasihkan Syazrin.. Ya. Dia sedang mencambahkn rasa kasih pada gadis bernama Syazrin.


Teh tarik di hadapannya masih belum surut. Wajah Naim ditatapnya. Lelaki itu asyik menikmati makanannya. Mee goreng mamak memang favourite Naim. Dia rasa Naim ni mesti ada keturunan anak mami kot. Suka sangat masakan mamak ni. Nasi kandar la. Mee goreng mamak la. Mee rebus mamak la. Semua mamak. Tetapi Naim bertingkah. Maknya anak melayu asli. Ayahnya pula anak kedah asal. Tak ada kena mengena dengan mami mamak. Sah-sah dia anak yg tertukar semasa maknya melahirkan dia. Usiknya selalu pada Naim. Naim tak kisah.
"Hang ada masalah ka?," katanya sambil menghirup teh tarik. Ada umph! Sedapnya.
"Mana ada. Aku ok ja lah," secebis senyuman terukir di bibir.
"Ceh! Nak tipu aku. Kat Lina minah senget boleh lah hang nak cong. Aku ni orang berpengalaman. Lebih dulu makan garam dari hang," cetusnya. Sebijik macam ayah Hafiz cakap kena dengan ayat terakhir tu. Macam lah dia tua sangat nak makan garam lebih dari aku. Tua sebulan ja. Tahun sama. Hafiz bagai nak mengekek ketawa. Kadang-kadang cakap Naim macam orang tua.
"Eleh.. kau ni memang la. Semua masalah orang kau nak tau. Masalah aku ni tak ada kena mengena dengan kau la," Hafiz sekadar mengerling wajah Naim yg sudah serius. Macam nak berbahas aje lagaknya.
"Apit, aku ni kawan hang. Kawan dunia akhirat tau. Masalah hang masalah aku la. Hang cerita mai. Pakar motivasi rumah tangga merangkap penolong kanan Dr Fazilah Kamsah ni boleh tolong hang," Naim sudah memulakan mukadimahnya. Penuh keyakinan. Hafiz melebarkan senyuman manisnya. Kalau dia rasa susah hati Naim lah pengubatnya. Mendengar celoteh Naim sudah buat dia lupa masalah.
"Ya lah.. aku dah jatuh cinta kat dia. macamana nak buat ni?," Hafiz mengalah saja. Meluahkan rasa yg sudah berbuku di dada. Sesak macam naik LRT waktu balik kerja aja.
"Hahaha!," Naim gelak besar. Memang sejarah. 3 tahun dia mengenali Hafiz. Baru hari ini dia bercakap soal hati. Hatinya yg sudah dicuri gadis JJ itu.
"Ni yg malas nak cerita kat kau. Tak patut la gelak kat aku macam tu," wajahnya sudah berona. Blushing! Susah nak jumpa lelaki macam ni. Malunya mengalahkan perempuan.
"Ops! Aku cuma terkejut aja. Ingatkan hang ni anti perempuan," tawanya masih bersisa sedikit. Segera dia menarik nafas macam lepas berjogging. Ingin membuang segala rasa lucu yg masih bertakung dalam kolam hatinya. Merenung wajah Hafiz membuatkan dia kasihan pula. Dia perlu bertindak bijak dan segera agar Hafiz dapat memenangi hati Syazrin. Tumpang lelaki ini sudah jatuh cinta, harus rasanya dia membantu. Wajib sebenarnya. Kesian betul dengan sahabat baiknya ini.
Dari kejauhan dia ternampak kelibat Syazrin duduk di meja yang agak tersorok. Restoran itu menjadi tempat pertemuan mereka hari ini. Selalunya dia yg ke Jaya Jusco menjenguk Syazrin. Hari ini mereka bertemu janji. Syazrin asyik menyoalnya. Kenapa di ajak bertemu di situ? Hari penting Hafiz? Selama perkenalan mereka hampir 3 bulan ini, tidak pernah pula mereka bertemu di tempat lain. JJ aja tempatnya.
"Rin, maaf yer. Terlambat," dia duduk mengadap Syazrin yg ringkas berbaju t shirt putih dan jeans biru. Tapi tetap nampak comel.
"Takpe. Rin datang awal sikit. Tumpang kawan. Dia dah on the way ke Ampang Point," Syazrin membelek menu yg diletakkan seorang pelayan apabila Hafiz sampai. Dia teringin nak makan grill chicken. Nanti kacau duit belanja. Terus hasrat itu dimatikan. Matanya menatap menu yg di tulis. Hafiz hanya membiarkan. Dia lebih senang merenung wajah Syazrin tanpa disedari si empunya diri. Cutenya. Kulit dia tak cerah, tapi tak gelap. Hidungnya tinggi tapi tak mancung sangat. Matanya cantik, berbulu mata lentik. Bibirnya merah walaupun tanpa secalit lipstik.
"Bang nak order apa?," suara pelayan lelaki itu mengejutkannya dari menikmati keindahan yg maha Esa. Kacau line betul..
"Fresh orange 2," pesan Hafiz. Syazrin memandangnya.
"Rin nak makan apa?,"
"Nasi goreng ikan masin," Syazrin menghadiahkn senyum manisnya kepada budak pelayan itu.
"2 yer," sambung Hafiz. Sengaja memilih menu yg sama. Tenungan Syazrin tidak diendahkan.
"Apa yg abang nak cakap? Sampai ke sini jumpa. Abang nak kahwin ke?," terpacul soalan itu dari bibir munggil Syazrin. Hampir tersedak Hafiz di buatnya.
"Eh! Mana ada," dia meneguk fresh orange itu beberapa kali. Mencari kekuatan untuk meluahkan perasaan.
"Sebenarnya abang..," ayat tersebut belum sempat di habiskan apabila seseorang menepuk belakangnya. Dia menoleh. Gedebup! Gedegup! Gedegup! Beberapa tumbukan padu mengenai mukanya. Sehingga dia terjatuh dari kerusi. Terasa panas mukanya. Rasa hendak pitam dengan tumbukan itu. Terdengar jeritan Syazrin. Tetapi kali ini kaki dan badannya pula menjadi sasaran. Dia tidak sempat melawan. Dia benar-benar kalah. Hanya kedengaran sayup-sayup suara Syazrin menjerit meminta pertolongan. Hilang dan kelam… gelap…
Wajah mendung encik Zahar yg pertama sekali menjadi tatapan tatkala matanya terbuka. Rasa macam berpusing-pusing pula bilik yg sedang didudukinya. Macam kenal. Bilik dia rupanya. Bila masa pula dia boleh sampai ke rumah sendiri. Tadi masih dengan Syazrin. Mana dia? matanya melilau mencari sekujur tubuh itu. Tetapi hanya ada wajah ibu, Puan Radiah. Nadia, adik perempuan di hujung katil.
"Angah dah bangun? Angah rasa macamana sekarang?," soal si ibu. Ada riak kerisauan dalam nadanya.
"Em..," hanya itu yg mampu terkeluar dari kerongkong. Sakitnya kepala dia. rasa macam kebas saja di kaki dan badannya.
"Sudah la. Rehat. Jangan banyak sangat tanya dia. biar dia rehat. Dia dah sedar ni lega sikit," kata ayah lalu keluar dari bilik.
"Yer la mak. Biar lah angah rehat. Dia pun baru aja sedar," Nadia menarik tangan Puan Radiah keluar dari bilik. Wanita itu menurut. Sempat dia menggosok rambut si anak sebelum keluar.
"Nadia, macamana angah boleh ada kt rumah?," tanya Hafiz ketika Nadia membawa makanan malam ke bilik.
"Pak cik Omar sebelah yg hantar balik. Dia kata angah kena pukul. Sampai pengsan tau. Sapa yg pukul angah ni? Sapa budak perempuan yg ada dengan angah tu?," Nadia memandangnya yg sedang menyuap nasi ke mulut dengan sudu.
"Syazrin..," ujarnya di susuli senyum di bibir.
"Ooo… girlfriend angah yer? Entah-entah boyfriend dia yg tumbuk angah sampai terkehel macam ni," kutik Nadia. Wajahnya serius. Pelik dengan abangnya yg ini. Kata sakit, tapi sebut aja nama Syazrin terus senyum.
"Eh! Angah tak kacau girlfriend orang tau. Baik-baik cakap tu," dia mempertahankan diri. Menepis andaian Nadia yg bukan-bukan.
"Abis? Sapa yg pukul angah kalau bukan boyfriend dia?," budak itu masih becok mencungkil rahsia. Susah sangat nak mengaku. Diantara 4 orang hero dalam keluarganya, hanya angah yg selalu mengelak bila di tanya tentang pasangan hidup. Dulu kawan Nadia nak masuk line, dia tak sudi. Nak cari sendiri konon.. belum apa-apa tengok dah lebam muka...


p/s: sambungannye coming soon.... >_<

Monday, March 28, 2011

aku,dia dan..... ep 1

"Next station, maluri," kedengaran pengumuman destinasi yang bakal tiba. Beberapa pengguna star LRT sudah bersiap-siap untuk turun. Seorang gadis yg asyik membaca novel sambil mendengar lagu dari hpnya turut bersiap sedia. Menutup novelnya, memasukkn ke dalam beg sandang putihnya. Earphone masih di telinga. Tiba di stesyen Maluri, mereka turun. Matanya masih ralit memandang si gadis. Telefon bimbitnya berbunyi.
"Apa hal pagi-pagi kau dh kacau aku ni?," soalnya sebaik terdengar suara Naim. Betul-betul mengganggu kosentrasi. Cuci mata pagi-pagi! Pagi yg indah seharusnya memandang sesuatu yg indah-indah jugak. Ceh!
"Sorry la kawan. Ni aku nak pesan kt hang ni Hafiz, tolong beli nasi lemak sebelum hang naik opis, aku tak sempat. Dok jam lg ni," simpati pulak dengar suara Naim stress pagi ni.
"Ya lah," talian di matikan. Dia pun selalu menerima nasib seperti Naim. Mujur keretanya rosak minggu lepas. Terpaksa la menapak naik LRT. Tapi terus pulak terlekat naik kenderaan awam itu. Tak payah nak pening kepala dia meredah sesak jalanraya yg sering menguji kesabarannya. Tetapi sebetulnya, dia suka sgt naik LRT pagi-pagi macam ni. Asyik tak sabar je nk tengok wajah gadis tadi. Setiap hari selama semingu ni dia asyik menatap wajah gadis yg asyik dengan novel dan earphonenya. Dia bagai disuntik semangat baru setiap pagi tatkala memandang wajah gadis itu.
"Amboi! Awat dok sengih sorang-sorang ni? Hang dh sewel ka? Satgi aku boh nama hang dalam senarai baru hang tau," Naim muncul dari balik pintu. Merenung wajahnya yg tersengih-sengih macam orang tak cukup skru. Mamat ni selalu aja muncul saat hatinya sedang bergumbira.
"Kau ni, lain kali bagi la salam, main redah aja," sengih sumbingnya macam kerang busuk tadi sudah hilang di bawa deru air cond. Matanya terarah pada skrin komputer lcd samsung.
"Sorry ,sorry. Ni aku nak bagitau hang ni, lepas lunch hour datuk Azmi nak mai. Dia ada discussion dengan kita. Aku segan nak suruh Lina buat memo. Lambat. Asyik dok ngadap cermin dari tengok skrin. Meluat aku," bicaranya pekat dengan loghat utara yang tidak boleh di kikis lagi. Awal-awal perkenalan dulu, dia rasa macam nak tergelak dengan Naim. Lawak sangat loghatnya tu. Dia kata dia tak suka hipokrit. Herot mulutnya nk cakap loghat KL. Tetapi dia suka dengan Naim. Dia rajin walaupun mulutnya bising macam bertih jagung.
"Macam-macam la kau ni. Weh! Petang ni kau free tak?," wajah hitam manis Naim di renungnya.
"Petang ni? Em… sat aku nak pikiaq," dia buat-buat letak lengan di dahi. Konon la tu. Action lebih. Hafiz sekadar senyum sumbing.
"Hai.. cepat la. Lebih dari agenda datuk Najib la kau ni," Hafiz menggesa. Rimas melihat aksi Naim yg sengaja di buat-buat.
"Ok! Aku free kot. Awat hang nak ajak aku p mana? Clubbing ka?," senyumnya merekah.
"Please la. Mana aku clubbing macam hang!," dia meningkah. Memang dia tidak suka dengan gaya hidup seperti itu. Biarpun dia lahir dan dibesarkan di kota besar ini, tetapi dia tidak gemar aktiviti macam mat saleh tu. Ibu dan ayah kan sudah memberikan bekalan yg cukup untuk dia. sudah diajarnya yg mana elok dan tak elok. Pernah sekali dia mengikut Naim ke kelab di Jalan P. Ramlee yg bercambah. Masuk ke dalam kelab yg lampu kelam-kelam pun sudah buat dia pening. Inikan pula nak terkinja-kinja menari. Naim ni nampak macam innocent, tapi punya lah teruk perangai dia. suka clubbing. Perempuan ni tak usah cerita. Stok girlfriend dia dah masuk tiga treler kot. Ayat dia memang power. Don Juan pun kalah. Kalau dia cakap sekali jer ngan pompuan, dah confirm pompuan tu akan ikut dia. ke mana tak pulak dia cerita. Ayat apa yg dia pakai entah lah. Tak kisah lah Naim. Asalkn kau tak kacau hidup aku yg tengah aman tenteram ni.

Mereka berjalan seiringan menuju ke bahagian pakaian lelaki. Selepas ke pasar malam tadi dia mengajak Naim ke Jaya Jusco. Nak beli baju katanya. Minggu depan nak ke seminar di Pulau Pinang. Selalunya mereka lebih suka shopping di Sogo atau di KLCC saja. Dah terlanjur ke pasar malam berhampiran dia ajak terus Naim ke sini. Naim ni, mulutnya memang becok. Tetapi taste dia boleh tahan. Macam personal advisor la tuk imej dia. Naim mengambil beberapa helai kemeja yg pelbagai corak dan warna. Baju itu di letakkan di hadapan, supaya senang dia nak memilih yg mana berkenan di mata. Dalam kesibukan memilih matanya toleh pada satu suara lunak yg bertanya dia dan Naim.
"Nak saiz berapa encik?," gadis itu menyoalnya lagi untuk kali ke dua. Gadis itu! Argh! Dia! manis! Matanya tidak berkedip merenung si gadis berambut panjang melepasi bahu. Rambutnya yg lurus diikat kemas.
"Fiz! Hang ni pasai apa?," jerkah Naim betul-betul di telinganya. Hafiz terkejut. Wajahnya pucat. Dia jadi kalut. Mengambil baju kemeja jalur ungu dan terus masuk ke dalam fitting room.
Air teh tarik diteguk sampai tinggal setengah. Nasi kandar berlaukkan kari ikan bawal sudah hampir cerah di pinggan. Naim dan nasi kandar. Macam irama dan lagu. Macam romeo dan juliet. Macam… macam…. Macam macam la. Dia renung wajah Hafiz.
"Awat hang tak cakap nak kenal dengan girl tadi?," Naim menyorot wajahnya dengan renungan yg penuh perasaan. Ada marah, ada geram, ada simpati. Kenapa lah mamat sehandsome Hafiz ni tak di anugerahkan jiwa romantis seperti dia. Pandai mengayat, pandai mengorat, pandai ambik hati perempuan. Segalanya dia pandai.
"Aku segan lah. Selalu dalam LRT aku curi-curi pandang je masa dia tengah layan novel kesukaan dia tu," Hafiz mengatur kata satu-satu. Dia betul-betul terkejut ketika menatap wajah Syazrin. Mujur dia sempat lihat tag nama gadis itu.
"Teruk lah hang ni. Girl macam tu pun hang tak boleh nak tackle. Baik aku aja yg tackle. Boleh?," Naim sudah buat muka toya. Mengada-ngada!
"Kepala hotak kau! Senang-senang nak ngorat gadis pujaan aku," dia angin tiba-tiba. Mau melayang penampar sulung kalau Naim sungguh-sungguh dengan hasratnya nan itu. Tackle perempuan lain dia tak heran, jangan pulak nak sentuh gadis itu.

Sunday, March 27, 2011

....baby....

sye ske sgt bdak2.tmbh2 baby2 y cenyhh.eiiii...geram3..xsaba nak ade anak sniri nanti.. "mama..akak nak kawenn.!!!"


p/s: sayang2 sye,korg da besar nnt,jgn lupa akk ija taww.syg korang ketat2. (nurul amiera.alya nur rifqah,muhammad amar muqri n muhammad firaash) eeiiii.geram.nk cubit2.

ketensionan melanda..

apabila keserabutan dan ketensionan melanda.saya akan jadik gila seketika.

  1. tido sepanjang hari sampai lupa akn prob tesebut wlaupown tok seketika.
  2. makan air batu bnyak2
  3. gelong.
  4. makan aiskrim 
  5. menangiss (pompuan klu ade prob xsah klu mte xbngkak)


Thursday, March 24, 2011

putus

ak duduk sendirian di kamarku...
menangis kesepian kerna mu....
kao tinggalkan ak..
kao cari y laenn..
tergamakmu.. 
merobek haty kuu.
tapi setelah kao pergi..akuu..
mendapat lebih baek darimu..
dia hargai aku...
dia sayangi ak...
lebih daripadamu...
ak ingin kao tahu betapa ku gembira..
tidak lagi bersamamu..
namun pastinya nanti kao akan sedari..
y kao perlu cintaa kuu..

p/s: sye ske lagu nyhh. <3 <3

Monday, March 21, 2011

sehari dlm setahun. part 2





p/s: ak syg korg sgt2.time kasih.b,wawa,lia,nurul,lin,ain,sory.xde la gmbr kte party mlm 2.sory. =)) <3 <3 <3

sehari dalam setahun.

20hb march 2011,mlm 2,ramai la jgk y wish besday ak.time kasih...tp,ak pelik n hairan biha ngn lia xwish pown besday ak.sgt pelik.nk ckp diowg xingt,ak bru jea bg tawu.so,ak pown xkesa la.xpela da diowg xingt nk wat cane.cek xkesa pown..pas2 da alang2 dpt kol free 2,kompom2 la begayut ngn buah aty..best sgt2.hapy gleer sbb sblom2 nyhh xpena borak2 ngn de lme cam 2..smpai ke pagi borak ngn de.wlupown skit kpla n mte da bngkak,still nk jgk ckp ngn deee.xnk letak.best sgt2 ade org nyanyi tok kte tgh2 mlm. =) so,bgn pown tesgt la awl.kol teeett.mne leyh ckp.mlu cekk.hehe.pas2 da la bgn lmbt,ptg 2 leyh lak ak telelap mse tgk ctew full house ngn biha.then tetibe biha gerak ak,de ckp 'weyh,ak nk g fc jap.wat assgnmnt critical thingking 2.' so,ak pown ckp la oke.y ak pelik sblom2 nyh de ajk ak.tp,ary 2 de ajk liaa.so,oke.maybe sbb ak tdow tdi kot.pas2 diowg pown siap2 nk g fc dsbbkn xmkn pa pe dri smlm.tersgt la lapar ak kirim kt diowg mee goreng.then,dlm kol 9 ce 2,biha ckp,ak nk g fc blik nyhh.diowg ade bnde nk ckp.mle2 ak ingt nk ikot.tp,xplaa.ak dok uma aje laa.mls sgt2.ak kirim la plak milo aiss.then smbil2 mnum milo aiis 2 ckp phne ngn buah aty..tetiba wawa blik.y ak plik,biha ckp wawa xjdik blik ary nyhh.tp,xde ase pa pe agy.dah 2 elok2 ak letak phne,tetibe black out.mle2 ingt wawa ttp lmpu,pas2 tnye wawa..'wawa,black out kew.?' wawa ckp yee koot.pas2.ktorg kuar dri blik,betapa tekejutnye ak biha,nurul,liaa,lin ngn ainn bediri tepi pintu ngn big apple nyee.tekejut gler2.y slme nyhh pegi wat assgnmnt 2 upe2nye g msk tomyam kt uma linn.terharu sgt2.pas2 ade plak parti bdak sejuk.abes mke,kaki,rmbut..huhu.btw,thanx sgt2.ak sayang korg sumee.time kasih sgt2.pas2 ak blik uma tok mndi intan da blik..de bg ak adiah y comel sgt2.suke3.! ak dpt pinky2 dolphin.dpt agy coklat cadbury. (kao cam tawu2 jea ak ske mkn coklat.) so,keesokannye mlm 2 buah aty da jnjy nk bwk ak kuar jnjln n mkn2.so,ak pown cam biase jea la.oke.ary y best,sbb mkn brgr jea tp,dsbbkn telalu comot.besuap.pnye la ngade2 ak nyhh.then,cam biase rutin ktorg jenjalan kt tasik.tp,ble smpai kt kete bauh aty aku 2 ak dgr ade suara org beckp2,tegelak2,tp,y peliknya xnmpk org.then tetiba ak nmpk ade cahaya n diowang nyanyi 'apy besday 2 u..apy besday 2 afizaa..apy besday 2 u...' buah aty pown bisik "apy besday syg..!' yaallah ak terharu tok kli kedua.huhu.then skli lgi majlis bling2 tepung.kek.best sgt2..time kasih anis.intan,aida jijim n buah aty ku sbb komplot skli lgy.time kasih sgt2.ak akn ingt 2 ary nyh smpi ble2.syang korg ketat2.mmmuuuaaaaahhhhhh..!! =)

Monday, March 14, 2011

Bet0l ke cinta 2 mnyakitkan..?

cinta.?nape remaja sllu dikaitkan dgn cinta.?btol kew cinta 2 buta.?btol ke cinta bley membuatkan kte mnangis..?korg mesti tingin nk becinta n jatuh cinta kn.?sebaiknya biarla cinta e2 hadir dgn snirinya drpd kte mncarinya.org ckp..jgn mndekati cinta kerana cinta e2 menyakitkan.dan ade jgk y ckp,cinta 2 telalu indah n mengasyikkan sehingga kte akn tebawa2 dgn  ombak asmaranya. (waah.jiwang gitu) ^_^  

k.meh kte rungkaikan stu persatu.. =) first,msti la y indah an..bila cinta 2 indah semuanya btol belaka.bak kte org,org y ckp.bkn sye.;) kentut pown bley jdik wangi.pelik an.wktu 2 sumenye c dye y btol la.da jaat mcm mne pown kte xkn nmpk.nmpk y baek jea..pas2 an.waktu indah 2 la cinta mnjadi buta.de snggup wap ape sje tok c dye.de sggup mnghabiskan duit,da la buta pas2 otak pown xjln.xleyh nk fikir da y mne baek,y mne buruk.telalu indah la ktekan..hmmm.ble da kronik sgt,ha 2 la de,jdik lah 'terhutang body sampai tegadai body'..astaghfirullahhalazim.(mintak dijauhkan)..tp,2 la cinta y kononnya 'INDAH' pade zmn skunk nyhh.ade jgk y zaman cinta indah 2,c kapel nyhh,diowg ddk dlm dunia diowg aje..diowg xprlukan org laen dah slaen drpd c boypren o geprend diowg..smpaikan kawan pown diabaikan..pown ade jgk manusia mcm 2.y plik,ble susa t,y nk cri c kawan.bknnye gepren o boypren diowg 2.adoiii.2 la de tyme manis n indah nye becinta nyhh.

skunk,kte tgk plak saat sakitnye cinta 2..btol.cinta mmg bleyh mmbuatkan kte mnangis.1 kotak tisu pown blom mmpu dpt tampung air mte 2..d ketika e2 la.cinta y indah tadi betuka mnjadi 'celaka'.huhu.walau seindah mne pown kte becinta,walau sepadan mne pown sepasang kapel 2,mesti akn ade jgk benda y bleyh mnimbulkan pergaduhan.kdg2 2 sbb bnda y kcik pown bleyh bgadoh.waktu begado nyh la y best.hehe.sbb kte bleyh tgk diowg maki sesame sniri.padahal diowg xingt dlu waktu cinta indah 2 pnye la baek,kao kentut pown ak bau wangi ajee.skunk,da gadoh,kentut pown da bau cam org xberak seminggu.tyme nyh la cinta akn dslahkan.waktu skitnye cinta nyh jgk la manusia akn mnjadi bodo + bengong.da la waktu cinta indah 2 buta.waktu cinta 2 celaka pown de buta.da la buta,pekak,sume ade la.complete.haiissh.nk bunuh diri la,mabuk la.dadah la.eiii.xphm btol.kot ea pown syg,cinta npew smpai ce2 skli..da xde parents ke korg wat ce2.?xkesian ke kt diowg.?npew hubby,abg,sayang,bucuk,cyg,honey korg 2 ke y besa kan korg.?y jge korg.?hmm.cek xphm sungguh aiih.

2 la de sedkit sbnyk pahit dan mnisnya becinta..
pade pndpt sye..ble kte da mle sayang,cinta rindu akn seseorg...ikhlas la mnyayangi diowg..so,ble putus ke gado ke..jgn fikir y bukan2..just go through it with calm.fikir dulu.da mmg xde jodoh nak wat cane..ble kte da brake up,kte ingt la knangn2 y penah kte lalui.jadikan ia sbgai satu pengajaran n pengalaman dlm idup kte.kdg2 cinta mengajar kte mnjadi manusia y lebih tabah.sblm menerima cinta,tnye dlu pde dri sniri.besediakah kte tok tempuhi pelbagai dugaan.?besediakah kte tok menangis,ketawa, skit aty besame2 ngn cinta...?idup kte bkn mcm fairy tale ataupown novel.asyik nk indah saje..mustahil tok sume 2 belaku..jgn biarkan cinta mmbuatkan kte buta,leka dan alpa kepadaNya..yang pasti,dlm sesuatu perhubungan pasti akn ade psg surutnya.cuma kte xtwu ble mse 2 akn tbe.mungkin esok,lusa,dan bila2 mse.. =) y pntingnye sye da cube n sye sayang 'bucuk' sye.
^_+


whoa oh sayang.!

you....

you were there to light my day
you were there to guide me through
from my days down and on
i'll never stop thinking of you
how can i forget all that
when ure the one who make me smile
u'll always be a part of me
how i wish u were still mine
never will forget the day
how we've met and came this far
we all know we got this feeling
 but somehow it has to end up here
i know it's me who said goodbye
and that's the hardest thing to do
cause you mean so much to me
and guide the truth from me to you
for all the things i've done and said
for all the hurt that i've caused you
i hope u will forgive me baby
cause that wasn't what i mean to do...

p/s: i love u n always love you.. =)

Sunday, March 13, 2011

penulis y xbrapa nk pndai menulis.

assalamualaikum w.b.t
huh.setelah penat berhempas pulas.akhirnye siap suda 'BELOG' y xtwu la ade upe belog ke x.huhu.sume org ade belog so,ak pown tingin sgt2 nk ade belog.ak pown xtwu sbb apew.padahal ak bkn seorg y kaki IT.(bley la ckit2.=) xde la pndai sgt eaa.hee.) tegedik2 ak nk wat belog nyhh.xtwu la ape y ak nk pos nnt.sme2 la kte 'usha' tgk pe y ade kt belog nyh nnt k.?
^_+