Seminggu berlalu. Sejak insiden itu Syazrin tidak lagi menghubungi dia. petang itu sengaja dia keluar awal dari pejabat. Hari ini dia lebih senang memandu kereta dari menaiki LRT. Kereta di halakan ke tempat parking. Hatinya menyanyi riang ketika terpandang wajah yg sudah seminggu tidak ditatap. Syazrin sedang melayan beberapa pelanggan. Senyuman manis sentiasa menghiasi wajah mulusnya. Hafiz bersandar di dinding. Dia tidak mahu pergi dulu. Biar Syazrin menyiapkan kerjanya. Setelah pelanggan itu berlalu dia menghampiri Syazrin. Syazrin terkejut ketika terpandang wajah dia. Gadis itu seakan ingin melarikan diri dari berduan begitu.
"Syazrin tak suka abang datang ke sini?," mata mereka saling bertatapan.
"Abang, tak payah jumpa Rin lagi lepas ni," Syazrin melipat beberapa helai kemeja yang di cuba oleh pelanggan tadi.
"Kenapa? Syazrin tak suka abang?," Hafiz di serbu rasa sendu. Pasti ada sebab kenapa Syazrin tidak mahu menemuinya. Gadis ini sudah punya kekasih? Tak mungkin. Sepanjang perkenalan mereka, Syazrin sudah mengakui secara jujur dia tidak punya kekasih. Dia masih belum terbuka hati untuk berpacaran.
"Bukan.. abang, ini demi kebahagian abang," gadis itu pohon pengertian. Berharap sangat Hafiz mengerti dan menghormati keputusannya. Hatinya di calar luka. Tetapi dia perlu bertindak begitu. Untuk kebahagian Hafiz.
"Rin, abang minta maaf. Kebahagian abang adalah bersama Rin. Awal-awal lagi abang ingin berterus-terang dengan Rin, tak sempat hari tu. Tapi hari ni abang nak Rin tau abang sukakan Rin, abang sayang Rin," luahan hatinya di hamburkan. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu. Dia perlukan Syazrin untuk melengkapi hidupnya. Wajah Syazrin dipandang lagi. Gadis itu tergamam. Terdiam terus.
"Rin, abang dah jatuh hati pada Rin, please..," tangan Syazrin diraih. Kali pertama dia melakukan begitu kepada seorang gadis. Hilang rasa malunya. Dia tak ingin terlambat lagi kali ini. Sayangnya pada Syazrin sudah tidak boleh di bendung. Umpama bom jangka yg bakal berlegak. Aku cinta kamu Rin! Ingin saja dijerit sekuat hati. Biar semua dengar apa yg tersirat. Tetapi dia tidak punya kekuatan seperti itu.
"A.. Abang.. jangan macam ni," Syazrin terkedu. Tangannya di renggut kasar.
"Rin bagi peluang pada abang. Abang akan membahagiakan Rin," Hafiz memujuk. Dia tahu Syazrin pernah kecewa dalam cinta. Dia ingin meyakinkan Syazrin, cintanya pada gadis itu adalah yg pertama dan yg terakhir.
"Abang takkan bahagia kalau bersama Rin," tuturnya. Wajahnya berpaling dari bertentang mata dengan Hafiz. Dia sudah bertekad dengan keputusannya. Semuanya demi lelaki ini.
"Apa yg Rin cakap ni? Abang Cuma nak bersama Rin. Abang serius. Abang tak main-main," bagaimana harus diluahkan lagi. Yakinilah cintaku ini Rin. Aku ikhlas ingin memilikimu. Bisiknya di dalam hati.
Tidak.. kalau bersama Rin, abang akan menderita. Cukup lah seketika Rin menumpang kasih abang.. relung hatinya berbisik juga. Hati mereka sama-sama berbisik.
"Rin, kalau Rin tak dapat terima abang, tolong bagi penjelasan, abang nak tau.Rin dah ada orang lain? Mungkin abang yg terlambat..," wajahnya sudah sendu. Hatinya sudah hampir patah. Dia benar-benar kalah. Hatinya sakit. Beginikah rasa kecewa? Beginikah rasa terluka? Dia kan belum bercinta. Bagaimana dia sudah terluka, kecewa? Wajah Syazrin ditatap. Gadis itu hanya diam. Kebisuan mengepung mereka. Setelah setengah jam berlalu, Hafiz melangkah. Meninggalkan Syazrin yg beku. Gadis itu tidak menghalang. Tidak memanggilnya.
"Hang ikut aku ke star walk malam ni nak? Aku rekomen yg bagus punya. Nak?," Naim tidak jemu memujuk. Wajah Hafiz sudah beberapa hari mendung. Serius. Dia sudah kehilangan sahabatnya sejak beberapa hari ini. Sudah berubah sikap.
"Tak mau la. Thanks. Aku ok ja. Jangan risau yer," segaris senyuman menghiasi wajahnya yg tidak beriak. Hilang akal kalau dia setuju. Nanti tak pasal-pasal dia dapat girlfriend recyle Naim. Tak mau la. Cukup-cukup la dia pernah terkena sekali dulu. Memang lawa gurl yg Naim rekomen. Macam model. Putih melepak. Tapi perangai dasat la. Sosial. Jumpa Naim pun boleh cium pipi. Mau jadi anak derhaka dia kalau pak Zahar bermenantukan perempuan macam ni. Tak ingin rasa pak Zahar mengaku dia anak. Awal-awal dia dah sound dekat Naim. Biar dia takda girlfriend dari dapat girlfriend macam tu.
"Sirap limau, bihun goreng," katanya pada seorang lelaki yg sedang menuliskan sesuatu di atas kertas. Lelaki itu masuk ke dapur. Hafiz menoleh ke kiri dan kanannya. Kedai makan itu masih lengang. Kedai makan berderet di tepi jalan begitu selalu menjadi persinggahannya jika pulang dari kerja. Jika terasa ingin makan selain dari nasi pasti kedai makan ini menjadi pilihan. Dia hilang selera untuk menjamah nasi. Bukan masakan mak tidak sedap. Cuma seleranya yg mati. Sejak beberapa hari ni memang makannya tidak terurus. Hari ini dia hanya makan nasi lemak pagi tadi. Itu pun Naim puas memaksa. Mujur aroma daun pisang yg sudah hampir pupus di ibu kota ini berjaya menggoda nafsu makannya. Tengahari dia tidak makan. Kebetulan mesyuarat di tapak projek di Klang berlanjutan sehingga pukul tiga. Surat khabar metro di selak satu persatu. Banyak topik yg dia tertinggal. Dari isu semasa sehingga ke arena sukan. Asyik sibuk dengan kerja yg tak pernah habis-habis. Sekejap saja menu yg dipesannya sudah terhidang di depan mata. Bihun goreng masih berasap. Sedap. Di tambah pula dengan cili padi kicap. Memang ada umph…. Dia menghabiskan makanannya.
Suara seorang gadis merintih membuatkan dia tertoleh. Seorang gadis berpakaian sekolah sedang menangis tidak jauh dari tempat keretanya di letakkan. Mulanya dia ingin masuk sahaja ke dalam kereta. Wajah lelaki yg sedang menyelongkar beg anak gadis itu menarik perhatiannya. Seiras abang Syazrin. Memang dia!
"Kau bagi cincin tu kat aku!," jeritnya sambil merenggut tangan anak gadis itu.
"Abang! Ni cincin pemberian mak. Acik takkan bagi kat abang!," gadis itu menangis. Lelaki itu semakin kasar.
"Bro! apa yg kau buat ni?," jerkah Hafiz. Biarpun masih terasa pedih tumbukan lelaki itu dahulu tetapi dia perlu membantu. Dia kan masyarakat yg punya sivik. Wah!
"kau lagi! Kan aku dah warning jangan dekati adik aku lagi. Kalau kau masuk campur urusan aku dengan adik-adik aku kau akan mati!," tingkahnya sambil mengasari adik perempuannya. Adik Syazrin juga.
"Apa yg kau cakap ni? Benda ni kan boleh settle baik-baik. Kita bincang la bro," pujuknya lembut.
"Woi! Kau tak faham bahasa ke? Aku kata jangan kacau adik aku. Kalau aku tau kau cuba rapat dengan adik aku, mati kau aku kerjakan," Izham sudah hilang sabar. Ingin sahaja di belasah mamat di hadapannya ini. Kan awal-awal lagi dia sudah memberi amaran kepada Syazrin. Jangan berbaik-baik dengan mamat ni lagi.
"Jadi sebab ni lah Syazrin tak nak kawan dengan aku," katanya perlahan. Seakan memberi jawapan kepada kebisuan gadis itu beberapa hari lalu.
"Memang! Aku kata jangan cuba dekati adik aku lagi. Kau tak faham ke?," dia tidak tahu bagaimana ingin membuatkan lelaki di hadapannya faham. Berambus saja!
"Apa salah aku? Bro, kau jangan lah buat macam ni. Kesian lah kat adik kau," wajah anak gadis itu di renungnya.
"Lantak aku lah. Diorang semua adik aku. Aku boleh buat apa saja yg aku suka, kau sapa?," suaranya tidak selantang tadi. Tangan gadis itu belum dilepaskan.
Adik ipar kau! Eh! Hilang akal dia kalau jawab macam tu.
"Aku kawan Syazrin. Dah la tu. Kita bincang ok," Hafiz cuba berlembut lagi. Dia tidak mahu jadi seperti dulu.
"Aku kata jangan masuk campur hal aku. Pergi!," jeritnya sambil menolak Hafiz.
"Bro..," Hafiz cuba memegang bahu Izham. Lelaki itu cuba melepaskan satu tumbukan. Nasib baik dia sempat mengelak. Sekali lagi tumbukan di lepaskan. Kali ini hampir kena pada perutnya. Dia cuba mempertahankan diri. Lelaki itu semakin ganas. Kali ini dia tidak akan memberi peluang kepada Izham lagi. Beberapa tumbukannya hinggap pada badan dan muka Izham. Setelah teruk dia terkena tumbukan Hafiz, dia berlari meninggalkan mereka. Wajah gadis yg masih sendu itu direnungnya..
afiz merenungnya dalam-dalam. Syazrin hanya diam bisu. Membiarkan bayu petang menyapa rambutnya hingga terbuai-buai. Suasana di perkarangan taman permainan kanak-kanak hadapan flet itu agak lengang. Hanya beberapa budak lelaki dan perempuan bermain dia buaian. Terdengar bunyi tali besinya berkeriuk tiap kali buaian di hayun.
"Syazrin, benar-benar tak sukakan abang?," soalnya setelah lama terdiam. Gadis itu masih kaku. Memandang jauh ke jalan yg terbentang tanpa perasaan. Beberapa buah kereta bergerak laju.
"Abang tak payah sukakan Rin. Rin tak layak untuk abang. Abang dh tengok kan macamana family Rin. Rin ada abang yg tak bertanggungjawab. Rin ada dua orang adik yg perlu Rin tanggung. Rin ni bermasalah. Rin tak nak abang terjebak dengan masalah Rin," luahnya panjang lebar. Ketika dia baru pulang dari kerja tadi, Hafiz dan Syamin pun sampai. Dia terkejut. Setelah Syamin bercerita baru lah dia faham. Dia jadi malu pada Hafiz. Dia tidak layak buat lelaki sempurna seperti Hafiz. Terlalu banyak lelaki itu tahu tentang mereka sekeluarga.
"Rin, jangan cakap macam tu. Abang sedia terima diri Rin seadanya. Begitu juga adik-adik dan abang Rin," wajah Syazrin di renung lagi. Dia tahu gadis itu rasa rendah diri dengan masalah keluarganya. Tapi dia sanggup terima semuanya. Dia tidak boleh menipu diri. Menahan hati. Dia sudah jatuh sayang pada Syazrin. Di pejabat pun wajah gadis itu yg menempel walaupun ketika memandang wajah Rina yg macam nyonya opera. Di rumah apatah lagi. Wajah abah pun kadang-kadang dia nampak macam Syazrin. Nadia kata dia sudah angau.
"Rin ni banyak kekurangan. Abang sepatutnya pilih gadis lain. Bukan Rin," tingkahnya lagi. Seboleh mungkin dia mahu menangkis perasaan sayang yg bertamu. Dia sengaja membuang rasa rindu jauh-jauh. Bukan dia hatinya tidak diketuk rasa sayang pada Hafiz. Cuma sebolehnya dia ingin menghalau rasa itu. Dia teringat sebaris kata-kata pujangga ‘cinta tidak semestinya bersatu’. Cinta itu rona-rona abstrak. Ada yg rasa warnanya biru. Membuatkan rasa rindu selalu. Ada pula yg nampak cinta itu seakan merah jambu. Sentiasa indah. Dia tidak tahu apa rasa rona cinta hatinya pada Hafiz. Mungkin kelabu. Seperti mendung yg selalu bertandang sebelum hujan turun.
"Syazrin, ini lah kali pertama abang sukakan seorang gadis. Dan gadis itu adalah Rin. Abang tak mau melepaskan sesuatu yg abang dh suka. Tetapi kalau Rin rasa kehadiran abang membuatkan Rin hidup bertambah kusut, maafkan abang. Abang terima keputusan Rin," wajah mulus Syazrin ditenung lagi. Dia tidak jemu memandang wajah itu. Wajah yg sudah melekat kemas di sudut hati. Gadis itu sudah bertakhta di ruang yg paling istimewa. Syazrin tertunduk. Dia jadi buntu. Dia kasihkan Hafiz. Tetapi dia tidak mahu Hafiz terjerumus dalam permasalahan keluarganya yg kelam-kabut begitu. Awal-awal lagi Izham sudah memberi amaran. Jangan berbaik-baik dengan Hafiz. Nanti dia akan belasah Hafiz separuh mati. Dia tidak mahu Hafiz menjadi mangsa seperti budak lelaki di blok belakang. Akibat selalu membantu Syazrin, lelaki itu hampir maut. Motornya di tendang Izham ketika sedang ditungang laju. Kes itu ditutup kerana tiada saksi. Dia tahu memang kerja Izham. Wajah sugul Hafiz di pandang sekilas. Dia tidak mahu kehilangan Hafiz. Kebahagian Hafiz adalah kebahagian dia juga.
Malam itu dia benar-benar tidak dapat tidur lena. Kipas siling yg berputar laju di perhatikan dalam kelam tanpa cahaya lampu. Hanya cahaya bulan terbias sedikit dari balik tingkap yg tidak ditutup rapat. Wajah Syamin direnung. Sekujur tubuh gadis itu baring mengadapnya. Syamin sedang di buai mimpi. Sejak 2 bulan ini adik perempuannya selalu mengigau. Mimpi yg menakutkan agaknya. Kesian adiknya. Kemudian pandangannya berpaling ke kanan. Wajah Wafi ditenung dalam-dalam. Wajah adik lelaki bongsunya ada iras arwah mama. Hidungnya mancung macam hidung mama. Cuma matanya yg iras ayah. Rambut lurus Wafi diusap perlahan. Anak kecil ini belum mengerti apa-apa tentang kehidupan. Dia tidak pernah merasai kasih sayang mama dan ayah. Jauh berbeda dari dia, Syamin dan Izham. Setidak-tidaknya mereka pernah rasa erti kasih seorang ibu dan perhatian seorang ayah. Lalu ingatannya terkenangkan Hafiz. Kebelakangan ini wajah lelaki itu selalu sangat menjelma. Kenapa wajah itu sering saja mengisi ruang ingatan? Dia bangun merenung bulan. Bulan purnama. Indahnya…..
Hafiz duduk di kerusi batu laman rumah kembar dua tingkat itu. Matanya tidak mahu lelap biarpun sudah jauh malam. Selalunya waktu-waktu begini dia sudah dibuai mimpi indah. Cuma mood untuk tidur sudah hilang. Asyik menerawang memikirkan Syazrin. Hidupnya betul-betul tidak keruan sejak kehadiran Syazrin. Jadi celaru. Nadia asyik menyindir. Apabila mereka berselisih jalan pasti lagu Purnama Merindu nyanyian Siti Nurhaliza akan didendangkan Nadia seenak-enaknya. Bait-bait lagu itu sesekali mengetuk hatinya. Macam menzahirkan apa yg tersirat dari hatinya.. Bulan di langit tinggi di pandang…. Terkenang bait-bait lagu yg sering Nadia nyanyikan… menyentuh kalbunya..
Rindu... telah melekat dalam hatiku
Walau awan berlalu
Rinduku... tak berubah... arah
Purnama mengambang... cuma berteman
Bintang berkelipan dan juga awan
Siapa tahu...
Rindu yang mencengkam di hatiku
Aku meminta pada yang ada
Aku merindu pada yang kasih
Aku merayu padamu yang sudi... merindu ku
Purnama mengambang berbagai warna
Bila embun pun datang bintang purnama
Tinggallah aku sendirian bertemankan malam sepi
Dentuman kuat membuatkan beberapa kenderaan berhenti serta-merta. Sebuah motosikal yg ditungangi dua lelaki melanggar sebuah pacuan empat roda. Sebuah kereta melanggar pembonceng motosikal yg terpelanting ke tengah jalan. Lelaki itu tenat. Muka dan dadanya berlumuran darah. Hafiz sekadar memandang dari dalam keretanya ketika berselisihan dengan lelaki yg terlentang di tengah jalan. Ngeri. Beberapa pengguna jalan raya memberi bantuan. Dia takutkn darah. Lebih-lebih jika kemalangan ngeri seperti ini. Darah memenuhi tempat lelaki itu terlentang. Penunggang motosikal pula mengalami kecederaan. Tetapi tidak serius. Kelihatannya, lelaki itu sedang meratapi lelaki yg terbaring tadi. Dihinggut badan lelaki itu. mungkin mengharapkan lelaki itu membuka matanya yg terkatup rapat.. Hafiz menekan pedal minyak ketika keretanya sudah melewati deretan kenderaan yg bergerak perlahan.
Panggilan telefon dari Nadia pagi itu membantutkan hasratnya yg baru membuka pintu kereta. Dia ada mesyuarat di Putrajaya pukul 10. mesyuarat penting. Tetapi panggilan ini lebih penting. Izham akan dikebumikan sebelum zohor. Rupanya kemalangan semalam melibatkan Izham. Muka lelaki itu yg penuh darah membuatkan dia tidak dapat mengenali si empunya diri. Nadia kata Izham koma sebelum meninggal pada jam 10.30 malam. Dia jadi keliru sekarang. Terus ke putrajaya atau terus ke hospital. Nadia sudah memesan kepadanya awal-awal supaya jangan risau. Sudah ada orang menguruskan pengkebumian abangnya. Tetapi kejam sangat kalau dia tak ke hospital sekarang. Mesyuarat itu juga penting. Perbincangan akhir dengan klien. Yang mana satu harus didahulukan. Dia jadi keliru.
Bunga kemboja luruh di atas pusara yg tersusun rapi di kawasan perkuburan pinggir bandar itu. Kebanyakkan batu nisan berwarna putih. Dari kejauhan dia nampak Syazrin masih di pusara merah itu bersama Nadia dan Wafi. Sudah ramai yg pulang. Di tangan gadis itu ada surah yaasin yg sudah hampir separuh di baca. Nadia pula sudah menghabiskan bacaannya. Hafiz mengambil tempat berhadapan Syazrin. Surah yaasin yg diambil dari kereta, di bacanya sehingga habis. Sesekali bacaannya terganggu ketika terdengar esakan kecil Syazrin yg sengaja di tahan-tahan. Nadia memeluknya erat. Gadis itu juga menumpahkan air mata di bahu Syazrin. Wafi yg kurang mengerti asyik bermain tanah merah kuburan abangnya. Baju melayu putihnya kotor. Hafiz jadi sayu. Dia benar-benar simpati pada Syazrin. Berat mata memandang pasti berat lagi bahu yang menanggung.
Sudah tiga malam kenduri arwah dan bacaan tahlil diadakan di rumah Syazrin. Mujur jiran-jirannya memahami. Tidak lokek membantu dari segi keringat dan wang ringgit. Kebanyakannya kenalan arwah ibunya dan ayahnya. Cuma yg membuatkan dia bertambah sedih apabila wajah ayahnya muncul sekadar di pusara abang. Itupun setelah lelaki itu selamat di semadikan. Biarpun perangai abangnya memang teruk. Tapi dia tidak pernah lupa, pada awal kematian ibunya, ketika ayahnya pergi meninggalkan mereka empat beradik. Izham yg bertungkus lumus bekerja. Mencari duit menyara adik-adiknya. Wafi terlalu kecil. Syazrin, Nadia dan Izham bergilir-gilir menjaga adik kecil mereka.
"Syazrin, cik Pah balik dulu, ya," tegur seorang wanita separuh umur yg agak gempal. Syazrin sedang mengemas dapurnya yg berselerak.
"Terima kasih cik Pah," ucapnya pada wanita terakhir yg meninggalkan rumah mereka. Nadia sedang membasuh pinggan yg masih bersisa di sinki. Syazrin ke depan. Kelihatan Wafi sedang tidur di pangkuan Hafiz. Hafiz sedang mengusap-usapkan rambutnya. Matanya terpejam. Mungkin sudah keletihan. Selepas kerja tadi dia terus bergegas ke rumah Syazrin. Membantu apa yg perlu. Begitu juga kenduri dua malam lepas. Hatinya tersentuh. Lelaki itu setia menemani dia di saat sukar begini.
"Abang, dah lewat ni," katanya sambil cuba mengangkat Wafi yg sedang enak terlena.
"Hm.. eh! Takpa. Abang angkat Wafi," lelaki itu cepat-cepat mengendong budak lelaki itu yg sudah mengeliat. Merengek kerana tidurnya terganggu. Wafi di bawa ke bilik. Kemudian dia keluar terus ke pintu depan. Syazrin berdiri di pintu.
"Abang, terima kasih sebab tolong kami semua. Tak terbalas budi yg abang hulurkan," lirih suaranya seraya memandang wajah Hafiz yg masih mengukir senyum biarpun keletihan.
"Jangan macam tu. Abang tak minta apa-apa untuk di balas. Jaga diri baik-baik. Ada apa-apa terus call abang, ya," katanya sambil berlalu. Syazrin sekadar mengangguk. Dia menghantar kepulangan Hafiz dengan pandangan mata sehingga bayang lelaki itu hilang.
Keretanya di letakkan berhampiran taman permainan hadapan flet Syazrin. Malam itu sengaja dia menjemput Syazrin. kalau boleh dia tidak mahu Syazrin berjalan seorang diri dari stesen LRT ke rumahnya. Jalan gelap. Dia bimbang kalau sesuatu yg tidak diingini menimpa gadis kesayangannya.
"Kenapa Syazrin masih tak dapat terima abang? Abang tak ada niat yg tak elok pun. Abang ikhlas untuk bersama Rin," hatinya makin sakit. Pedih. Kenapa Syazrin tidak dapat memberi alasan yg munasabah. Alasannya Cuma satu. Masalah keluarga. Padahal abangnya yg dulu sering menghalang hubungan mereka sudah tiada. Masalah keluarga apa lagi yg dimaksudkan Syazrin. Jika alasan tidak sepadan itu sudah awal-awal di reject. Langsung tak kena. Dia pun bukan anak jutawan nak memilih. Tetapi bila di fikir-fikirkan, kalau ditakdirkan dia anak raja, Syazrin juga yg dipilihnya. Pasti lebih mudah. Rakyat kan tidak boleh menolak titah raja. Dia gila kuasa pulak. Sudah jauh angan-angannya menyimpang.
"Abang, hari ni Rin nak abang tau kebenarannya. Rin sudah tak suci lagi," gadis itu menundukkan wajahnya. Sebaris ayat sudah menyentap naluri kejantanannya. Hafiz terkedu. Betulkah apa yg didengarinya. Ada air jernih yg mengalir dari kolam mata Syazrin. Cahaya lampu dari tiang berhampiran taman mencuri masuk ke dalam keretanya.
"A.. Apa yg Rin kata tadi? Abang kurang jelas," di renung wajah mulus Syazrin. Dia inginkan penjelasan. Mungkin dia salah dengar.
"Sebenarnya Rin pernah..," ayatnya mati di situ. Dia cuba menahan esakan.
"Pernah apa Rin?," pintas Hafiz tidak sabar ingin mengetahui segala-galanya tentang dia.
"Rin pernah di perkosa," air matanya mengalir laju. Badannya terhinggut-hinggut menahan esak. Tiap kali memikirkan kejadian itu pasti hatinya pilu. Dia ingin buang kenangan pahit itu jauh-jauh. Tidak mahu diingat lagi.
"Siapa yg buat macam tu pada Rin?," tangan gadis itu genggam. Dia jugak dapat merasai perasaan Syazrin. Syazrin hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak mahu cerita hitam itu mengganggu tidur malamnya lagi. Sekarang dia tidak mahu bertentang mata dengan Hafiz. Dia rasa tak berdaya. Dia rasa badannya kotor mengenangkan perbuatan lelaki yg tidak berhati perut itu.
"Sebab itu Rin tak layak untuk abang," ujarnya seraya keluar dari kereta. Berjalan meninggalkan Hafiz yg masih tergamam.
LRT masih sesak seperti kebiasaannya petang-petang begini. Hafiz berdiri saja di tengah-tengah kelompok manusia. Dia hanya memegang besi panjang yg memang menjadi tempatnya selalu berdiri. Tiga bulan sejak pertemuan lalu, Syazrin tidak pernah menyambut panggilan telefon darinya. Malah dia meminta agar Hafiz jangan datang lagi bertemunya. Katanya dia akan mencari Hafiz bila dia sudah bersedia. Memang dia tidak bertemu Syazrin secara berdepan. Cuma setiap hari dia akan melihat Syazrin dari kejauhan. Melihat gadis itu berpura-pura tersenyum melayani pelanggannya di tempat kerja. Dia tahu Syazrin menyembunyikan segala rasa di balik senyumannya yg manis. Hanya senyuman yg menunjukkan dia tampak tabah, cekal. Padahal hatinya sudah rapuh. Malahan setiap petang selepas pulang dari kerja, Hafiz pasti menjenguk Wafi dan Nadia di rumah fletnya. Dia akan membelikan makan malam untuk adik-adik Syazrin. Sehingga dia sanggup menanti Syazrin balik kerja. Dia akan mengikuti langkah gadis itu jauh-jauh di belakang. Dia bukan tidak berani bertemu Syazrin. Dia tahu gadis itu malu. Peristiwa hitam itu telah mengubah segala impian indah seorang gadis bernama Syazrin. pasti dia impikan sebuah perkahwinan dengan lelaki yg dicintainya. Itu bukan salah dia. Dia dipaksa. Nadia juga ada bercerita tentang itu. Malam yg telah meragut segala ketenangannya. Kawan Izham yg menumpang tidur di rumah mereka masuk ke bilik dan memperkosa Syazrin. Ketika itu Izham tiada di rumah. Hanya ada Nadia dan Wafi yg tidak berdaya. Peristiwa itu menjadi rahsia. Bimbang maruahnya tercalar. Hafiz sudah tidak kisah tentang peristiwa hitam itu. Dia cintakan Syazrin kerana dirinya. Lagipun dia kenal gadis itu. Bukan jenis gadis yg suka berfoya-foya. Pioriti hidupnya untuk adik-adiknya saja. Hafiz rasa ada satu perasaan yg menjalar pabila mata mereka bertentangan kali pertama di dalam LRT. Dia cuba selami rasa itu. Rasa yg tidak pernah wujud dalam hatinya. Rasa itu tidak pernah hadir tatkala bertentang mata dengan gadis lain. Kini dia tahu dia memang terlalu cintakan Syazrin. Dia tahu hatinya sudah dicuri si gadis. Syazrin sudah membawa hatinya jauh-jauh.
"Maaf, pen encik terjatuh," suara yg di selalu didengarinya menyapa. Sebatang pen Parker bertukar tangan. Wajah gadis itu di pandang sekilas.
"Syazrin," suaranya perlahan. Sekadar untuk didengari telinganya sendiri. Matanya tidak berkedip dari memandang wajah yg terlalu dirinduinya. Syazrin berdiri berhadapan dengannya. Mereka memegang besi yg sama. Gadis itu berdiri terlalu dekat dengannya.
"Maafkan Rin, Rin..," katanya terhenti. Air mata yg mengalir perlahan di sapu dengan tangannya.
"Sayangkan abang," sambungnya perlahan. Separuh berbisik. Namun sudah cukup jelas untuk membuatkan Hafiz terpegun. Dia tidak silap lagi kali ini.
"Kenapa Rin tinggalkan abang lama macam ni? Rin tau tak abang menderita..," sayu dia berbisik betul-betul di telinga Syazrin.
"Rin minta maaf," pinta Syazrin sambil mengucup tangan Hafiz. Dia tahu dia sudah melukakan hati Hafiz. Tiga bulan dia mengambil masa untuk menjauhkan diri dari Hafiz. Tiga bulan dia cuba menilai kasih lelaki itu. Ternyata Hafiz benar-benar ikhlas menyayanginya. Cinta yg dicari-cari dalam hidupnya selama ini. Dia tahu Hafiz selalu pergi menjenguk adik-adiknya di rumah. Mengambil tahu perihal mereka adik beradik. Dia lelaki yg bertanggungjawab.
"Sudah lah sayang. Abang tak salahkan Rin. Cuma abang terseksa dah lama tak bertentang mata dengan Rin. Abang sayangkan Rin," hatinya sudah berbunga riang. Dahi Syazrin dikucup. Mujur ketika itu tidak ramai didalam gerabak yg mereka duduki. Hanya beberapa anak muda dihujung sana.
"Sayang," dagu Syazrin di pegang. Kepalanya didongakkan agar bisa menatap mata bening yg dirinduinya itu.
"Kita kahwin," kata Hafiz membuatkan bibir Syazrin di rekahi senyuman. Senyuman paling manis buat arjuna idaman….
p/s: tamat laaa sudaaa. =)
No comments:
Post a Comment