Thursday, March 31, 2011

aku,dia dan..... ep 2

Hujan masih lebat membasahi bumi yg sudah beberapa hari ketandusan. Dia hanya berdiri sandar di dinding sementara menanti hujan berhenti. Lagipun masih awal. Belum pukul 6 petang. Stesyen LRT Masjid Jamek masih penuh sesak dengan penggunanya. Hafiz merungkaikan tali lehernya. Rimas. Matanya sesekali mengerling merenung beberapa anak muda yg bingit bercerita sambil bergelak ketawa. Penumpuannya tertumpu pada seorang lelaki dan perempuan yg sedang berbual. Lagaknya macam bergaduh. Gadis itu cuba berjalan untuk turun ke oscilator. Lelaki itu menahannya. Hatinya berdegup kencang pabila menyedari gadis itu Syazrin. Pelbagai persoalan muncul di benaknya tiba-tiba. Mungkin lelaki itu kekasihnya. Mungkin suaminya? Ah! Masih muda kan. Takkan sudah berkahwin. Eh! Mana tau kalau lelaki itu benar-benar suaminya. Tidak! Tak mungkin kot. Hatinya sudah gundah. Baru rasa itu tumbuh di sudut hati, tercantas pula. Syazrin sudah hilang di balik orang ramai. Nampaknya dia harus melupakan Syazrin.. Syazrin.. kenapa engkau hadir dan mengetuk pintu hatiku yg sudah lama sejuk beku ni? Arhhhg! Pelbagai rasa sudah menerjah di ruang hati yg bertahun-tahun tandus dek rasa yg sungguh halus, mulus seperti ini.
Seminggu di Pulau Pinang. Hari ini dia harus memulakan tugas seperti kelazimannya. Harus menapak menaiki LRT. Harus bersesak-sesak dengan pengguna yg lazim sepertinya juga. Dia memberikan ruang kepada seseorang yg duduk di sebelah. Briefcasenya yg tadi berada di sebelah, terus beralih tempat di ribanya. Dia menoleh. Syazrin! Di sebelahnya gadis pujaan yg seminggu tidak di tatap. Ada rasa yg menjalar. Rindu kot! Eh! Syazrin kan orang punya. Mana boleh dia masuk jarum pula. Dulu lagi dia bertegas takkan mengganggu hak orang lain. Tapi matanya masih mengerling pada gadis itu. Seperti biasa dengan novel dan earphonenya. Hari ini dia membaca karya Hlovate. aA + bB. Sesekali dia tersenyum. Hafiz ikut senyum. Dia benar-benar menghayati jiwa Syazrin tika itu. Apa yg gadis itu rasa, mungkin dia rasa. Mungkin kerana mereka terlalu hampir. Bahunya hampir bergesel dengan bahu Syazrin. Mungkin itu buatkan jiwa mereka makin dekat. Bisiknya di dalam hati. Tiba-tiba telefon bimbit Syazrin berdering. Lagu Hot n Cold nyanyian Katy Perry . Dia meletakkan novelnya di sebelah. Antara dia dan Hafiz. Lama bercakap di talian. Suaranya perlahan. Tidak mahu mengganggu pengguna lain yg masing-masing buat hal sendiri. LRT berhenti. Dia bergegas turun sambil masih bercakap dengan panggilan dari sana. Hafiz hanya merenung sehingga gadis itu hilang dari pandangan. Eh! Novel awak! Awak! Dia tertinggal novel dia pula. Lalu Hafiz memasukkan ke dalam briefcasenya. Nanti dia akan pulangkan. Esok mungkin mereka akan bertemu lagi. Boleh lah dia pulangkan novel Syazrin.
Usai mesyuarat di Putrajaya dia tidak terus balik ke pejabat. Sebaliknya ke Taman Maluri, Jaya Jusco menjadi destinasi. Dia ingin memulangkan novel kepunyaan gadis pujaan. Eh! EX gadis pujaan. Ada ker macam tu? Hafiz menggumam sendiri. Dia sengaja masuk ikut pintu belakang saja. Tak jauh sangat ke bahagian yg Syazrin kerja. Langkahnya terhenti tatkala terdengar pertengkaran kecil. Syazrin dan lelaki itu. Syazrin mengatakan sesuatu kepada lelaki itu. Pang! Satu tamparan hinggap di pipi mulusnya. Lelaki itu ingin menampar sekali lagi. Hafiz menahan. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia bertindak begitu. Perempuan harus dilindungi. Ya. Mungkin itu yg sepatutnya.
"Kau sapa nak masuk campur hal orang ni?," lelaki itu menjerit kepadanya. Syazrin berlindung di belakang Hafiz sambil memegang pipinya yg sudah merah.
"Bro, jangan lah buat perempuan macam ni. Tak baik," aduss… dia punya kekuatan entah dari mana untuk mencampuri urusan orang begitu.
"Dia adik aku la. Punya pasal lah aku nak buat apa pun," wah! Rupanya mereka bukan seperti apa yg dia sangka. Yahoo! Masih ada peluang! Hatinya berbisik gembira. Sempat lagi! Terasa Syazrin menarik bajunya dari belakang. Tangannya terketar-ketar. Gadisku! Aku akan menjadi pelindungmu. Tetapi dia tak sepatutnya begitu. Lelaki itu kan abangnya. Abang lebih berhak dari dia yg entah siapa siapa kepada Syazrin. Syazrin pun mungkin tidak mengenali dia.
"Relaks lah bro. aku tau lah dia adik kau. Tapi mana boleh kau buat macam ni pada dia. dia pompuan," dia cuba bercakap baik-baik dengan lelaki itu. Bakal abang iparnya. Eh! Melalut lagi dia.
"Kau ni sapa? Dia adik aku. Kau tak payah pening kepala masuk campur hal aku dengan dia. kau sapa, hah?," lelaki itu masih dengan amarahnya yg tidak berkurang. Mencerun merenung Hafiz.
"Sorry lah. Aku pun tak mau masuk campur. Tapi tolong lah cakap baik-baik dengan dia. dia kan perempuan. Kau tak malu ke kt orang, bro? orang asyik tengok kau je," nasihatnya sambil cuba memegang bahu abang Syazrin.
"Kau ni pehal?," gedebup! Sebijik tumbukan padu hinggap di pipi Hafiz. Aduh! Sakitnya. Badannya kurus saja. Tapi sakitnya sampai nak pecah pipi dia. Nasib baik rahang tak patah.
"Awak! Abang! Sudah lah. Jangan lepaskan kat orang lain pula. Nanti orang bagi la duit yg abang minta tu," Syazrin menerpa kepada Hafiz yg sudah rebah ke lantai. Dia memandang wajah abangnya takut-takut.
"Ha! Macam tu la. Kalau aku minta kau kena bagi. Kalau tak siap kau!," ujarnya lalu meninggalkan Syazrin dan Hafiz.
"Saya minta maaf sebab saya, awak jadi mangsa," Syazrin merenungnya sayu. Matanya redup. Dia kesal melihat pipi Hafiz yg sudah lebam.
"Tak apa. Itu perkara kecik aja," gentleman lagi dia. dia simpati pada Syazrin. Rupanya gadis itu punya kisah hidup yg tragik. Ibunya meninggal dunia ketika melahirkan adiknya yg bongsu. Bapanya pula berkahwin lain setelah beberapa hari setelah kematian ibunya. Langsung tidak mengambil tahu tentang dia dan adik beradiknya lagi. Dia punya empat adik-beradik. Abangnya sudah tidak boleh diharap. Dari mat rempit sudah jadi penagih dadah. Adiknya yg ketiga pula masih bersekolah. Tingkatan 5. bakal menduduki SPM. Adik kecilnya baru berusia enam tahun. Bermakna hidupnya sudah berkecamuk sejak enam tahun lalu. Semenjak pemergian ibu tersayang. Mujur rumah flet yg mereka duduki sekarang di beli oleh ibu. Kalau tidak mesti dia dan adik-beradiknya merempat entah di mana.
"Awak balik pukul berapa?," dia merenung wajah Syazrin. Gadis itu sedang melipat baju yg di cuba oleh pelanggan tadi. Dia pula duduk di kerusi yg diberikan Syazrin.
"Lambat lagi. Hari-hari buat ot. Boleh tambah duit sikit," gadis itu senyum. Hafiz di serbu rasa pilu. Dia kesiankan Syazrin. Dia kasihkan Syazrin.. Ya. Dia sedang mencambahkn rasa kasih pada gadis bernama Syazrin.


Teh tarik di hadapannya masih belum surut. Wajah Naim ditatapnya. Lelaki itu asyik menikmati makanannya. Mee goreng mamak memang favourite Naim. Dia rasa Naim ni mesti ada keturunan anak mami kot. Suka sangat masakan mamak ni. Nasi kandar la. Mee goreng mamak la. Mee rebus mamak la. Semua mamak. Tetapi Naim bertingkah. Maknya anak melayu asli. Ayahnya pula anak kedah asal. Tak ada kena mengena dengan mami mamak. Sah-sah dia anak yg tertukar semasa maknya melahirkan dia. Usiknya selalu pada Naim. Naim tak kisah.
"Hang ada masalah ka?," katanya sambil menghirup teh tarik. Ada umph! Sedapnya.
"Mana ada. Aku ok ja lah," secebis senyuman terukir di bibir.
"Ceh! Nak tipu aku. Kat Lina minah senget boleh lah hang nak cong. Aku ni orang berpengalaman. Lebih dulu makan garam dari hang," cetusnya. Sebijik macam ayah Hafiz cakap kena dengan ayat terakhir tu. Macam lah dia tua sangat nak makan garam lebih dari aku. Tua sebulan ja. Tahun sama. Hafiz bagai nak mengekek ketawa. Kadang-kadang cakap Naim macam orang tua.
"Eleh.. kau ni memang la. Semua masalah orang kau nak tau. Masalah aku ni tak ada kena mengena dengan kau la," Hafiz sekadar mengerling wajah Naim yg sudah serius. Macam nak berbahas aje lagaknya.
"Apit, aku ni kawan hang. Kawan dunia akhirat tau. Masalah hang masalah aku la. Hang cerita mai. Pakar motivasi rumah tangga merangkap penolong kanan Dr Fazilah Kamsah ni boleh tolong hang," Naim sudah memulakan mukadimahnya. Penuh keyakinan. Hafiz melebarkan senyuman manisnya. Kalau dia rasa susah hati Naim lah pengubatnya. Mendengar celoteh Naim sudah buat dia lupa masalah.
"Ya lah.. aku dah jatuh cinta kat dia. macamana nak buat ni?," Hafiz mengalah saja. Meluahkan rasa yg sudah berbuku di dada. Sesak macam naik LRT waktu balik kerja aja.
"Hahaha!," Naim gelak besar. Memang sejarah. 3 tahun dia mengenali Hafiz. Baru hari ini dia bercakap soal hati. Hatinya yg sudah dicuri gadis JJ itu.
"Ni yg malas nak cerita kat kau. Tak patut la gelak kat aku macam tu," wajahnya sudah berona. Blushing! Susah nak jumpa lelaki macam ni. Malunya mengalahkan perempuan.
"Ops! Aku cuma terkejut aja. Ingatkan hang ni anti perempuan," tawanya masih bersisa sedikit. Segera dia menarik nafas macam lepas berjogging. Ingin membuang segala rasa lucu yg masih bertakung dalam kolam hatinya. Merenung wajah Hafiz membuatkan dia kasihan pula. Dia perlu bertindak bijak dan segera agar Hafiz dapat memenangi hati Syazrin. Tumpang lelaki ini sudah jatuh cinta, harus rasanya dia membantu. Wajib sebenarnya. Kesian betul dengan sahabat baiknya ini.
Dari kejauhan dia ternampak kelibat Syazrin duduk di meja yang agak tersorok. Restoran itu menjadi tempat pertemuan mereka hari ini. Selalunya dia yg ke Jaya Jusco menjenguk Syazrin. Hari ini mereka bertemu janji. Syazrin asyik menyoalnya. Kenapa di ajak bertemu di situ? Hari penting Hafiz? Selama perkenalan mereka hampir 3 bulan ini, tidak pernah pula mereka bertemu di tempat lain. JJ aja tempatnya.
"Rin, maaf yer. Terlambat," dia duduk mengadap Syazrin yg ringkas berbaju t shirt putih dan jeans biru. Tapi tetap nampak comel.
"Takpe. Rin datang awal sikit. Tumpang kawan. Dia dah on the way ke Ampang Point," Syazrin membelek menu yg diletakkan seorang pelayan apabila Hafiz sampai. Dia teringin nak makan grill chicken. Nanti kacau duit belanja. Terus hasrat itu dimatikan. Matanya menatap menu yg di tulis. Hafiz hanya membiarkan. Dia lebih senang merenung wajah Syazrin tanpa disedari si empunya diri. Cutenya. Kulit dia tak cerah, tapi tak gelap. Hidungnya tinggi tapi tak mancung sangat. Matanya cantik, berbulu mata lentik. Bibirnya merah walaupun tanpa secalit lipstik.
"Bang nak order apa?," suara pelayan lelaki itu mengejutkannya dari menikmati keindahan yg maha Esa. Kacau line betul..
"Fresh orange 2," pesan Hafiz. Syazrin memandangnya.
"Rin nak makan apa?,"
"Nasi goreng ikan masin," Syazrin menghadiahkn senyum manisnya kepada budak pelayan itu.
"2 yer," sambung Hafiz. Sengaja memilih menu yg sama. Tenungan Syazrin tidak diendahkan.
"Apa yg abang nak cakap? Sampai ke sini jumpa. Abang nak kahwin ke?," terpacul soalan itu dari bibir munggil Syazrin. Hampir tersedak Hafiz di buatnya.
"Eh! Mana ada," dia meneguk fresh orange itu beberapa kali. Mencari kekuatan untuk meluahkan perasaan.
"Sebenarnya abang..," ayat tersebut belum sempat di habiskan apabila seseorang menepuk belakangnya. Dia menoleh. Gedebup! Gedegup! Gedegup! Beberapa tumbukan padu mengenai mukanya. Sehingga dia terjatuh dari kerusi. Terasa panas mukanya. Rasa hendak pitam dengan tumbukan itu. Terdengar jeritan Syazrin. Tetapi kali ini kaki dan badannya pula menjadi sasaran. Dia tidak sempat melawan. Dia benar-benar kalah. Hanya kedengaran sayup-sayup suara Syazrin menjerit meminta pertolongan. Hilang dan kelam… gelap…
Wajah mendung encik Zahar yg pertama sekali menjadi tatapan tatkala matanya terbuka. Rasa macam berpusing-pusing pula bilik yg sedang didudukinya. Macam kenal. Bilik dia rupanya. Bila masa pula dia boleh sampai ke rumah sendiri. Tadi masih dengan Syazrin. Mana dia? matanya melilau mencari sekujur tubuh itu. Tetapi hanya ada wajah ibu, Puan Radiah. Nadia, adik perempuan di hujung katil.
"Angah dah bangun? Angah rasa macamana sekarang?," soal si ibu. Ada riak kerisauan dalam nadanya.
"Em..," hanya itu yg mampu terkeluar dari kerongkong. Sakitnya kepala dia. rasa macam kebas saja di kaki dan badannya.
"Sudah la. Rehat. Jangan banyak sangat tanya dia. biar dia rehat. Dia dah sedar ni lega sikit," kata ayah lalu keluar dari bilik.
"Yer la mak. Biar lah angah rehat. Dia pun baru aja sedar," Nadia menarik tangan Puan Radiah keluar dari bilik. Wanita itu menurut. Sempat dia menggosok rambut si anak sebelum keluar.
"Nadia, macamana angah boleh ada kt rumah?," tanya Hafiz ketika Nadia membawa makanan malam ke bilik.
"Pak cik Omar sebelah yg hantar balik. Dia kata angah kena pukul. Sampai pengsan tau. Sapa yg pukul angah ni? Sapa budak perempuan yg ada dengan angah tu?," Nadia memandangnya yg sedang menyuap nasi ke mulut dengan sudu.
"Syazrin..," ujarnya di susuli senyum di bibir.
"Ooo… girlfriend angah yer? Entah-entah boyfriend dia yg tumbuk angah sampai terkehel macam ni," kutik Nadia. Wajahnya serius. Pelik dengan abangnya yg ini. Kata sakit, tapi sebut aja nama Syazrin terus senyum.
"Eh! Angah tak kacau girlfriend orang tau. Baik-baik cakap tu," dia mempertahankan diri. Menepis andaian Nadia yg bukan-bukan.
"Abis? Sapa yg pukul angah kalau bukan boyfriend dia?," budak itu masih becok mencungkil rahsia. Susah sangat nak mengaku. Diantara 4 orang hero dalam keluarganya, hanya angah yg selalu mengelak bila di tanya tentang pasangan hidup. Dulu kawan Nadia nak masuk line, dia tak sudi. Nak cari sendiri konon.. belum apa-apa tengok dah lebam muka...


p/s: sambungannye coming soon.... >_<

No comments:

Post a Comment